Duhai Diari,Niat di hati nak update dan
muat turun upload (eh, kalau download = muat turun, upload = ?)
gambar
F1 di Singapura, tapi cik abang Supertall saya tak jumpa-jumpa kabel (?) Nikon D200nya.
Maka saya pun layan lah tag raya ini walaupun saya tidak ditag sesiapa.
Bak kata
Fara Fauzana yang saudara-mara saya kata muka macam saya,
(mana ada! Saya rasa, saya lebih comel. Perasan gila, kan? Takpe, blog saya)
"Layannnnn.."Berapa pasang baju raya anda tahun ini dan kaler apakah?Tahun ni, takde (duit nak beli) baju raya. Biasanya tahun saya jadi pengapit pengantin, memang tak buat baju raya. Sebab kedua utama, saya masih seorang
starving yoga instructor, maka duit setengah ribu yang biasa buat baju raya, pada saya lagi berbaloi buat duit raya untuk adik-adik dan anak-anak sepupu.
Tapi setiap tahun, famili saya memang akan bergambar raya sekeluarga di kedai gambar di kampung. Kami semua pakai baju warna
turqoise. Sebab saya takde duit nak beli baju raya dan baju kebaya kaler
turqoiose saya sudah masuk gambar famili raya beberapa tahun yang lepas, maka saya pinjam dan pakai baju emak saya. nasib baik kami dan dua orang adik perempuan lain sama saiz. Saya sangat tabik dengan emak saya, anak TUJUH tapi badan kalah saya yang si yoga instructor ini.
Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?Disebabkan bapa saya orang
Bugis tulen (atuk saya iaitu bapak kepada bapak saya, lagi banyak cakap bahasa Bugis dari cakap bahasa Melayu) dan saya cucu sulung belah bapa, saya memang lebih berat ke belah Bugis walaupun emak saya tulen
Jawa. Hari raya pertama setiap tahun memang dua kereta kami beraya di perkampungan Bugis bapa saya di Pontian, Johor. Siap ada satu-satunya
Muzium Bugis di Malaysia di kampung bapak saya tau, jangan main-main!
Sorry lah, gambar macam tak relevan dengan raya langsung!
Tapi diambil di Singapura, tiga malam sebelum raya, aci lah kan?
Di Stesen MRT Bugis yang mahal tu!
Makanya, juadah tradisional kami orang Bugis adalah
burasak, bukan ketupat.
Burasak, untuk mereka yang belum pernah makan adalah beras yang direndam dalam daun yang saya tak ingat nama dia. Tapi bila dah siap direbus selama
36 8 hingga 12 jam (terima kasih kepada Kay), warna beras tu jadi hijau pandan di luar tapi putih dan lagi lembut dari ketupat dan rupa dia ada macam lepat pisang.
Kesimpulannya, PPSYH (Pada Pendapat Saya Yang Hina)
burasak jauh lebih sedap daripada ketupat mahupun lepat pisang
yang memang kegemaran saya.
Burasak TIDAK dimakan dengan rendang atau ayam masak merah atau lodeh. Burasak afdal dan bertambah keenakkannya bila dimakan dengan sambal ikan parang dan serunding kelapa. Jangan cuba meminta lodeh atau sambal kacang di rumah orang Bugis, nanti kena pancung! Tapi kalau beraya atau ke rumah terbuka rumah (ibu bapa) saya, jangan risau. Disebabkan bapak saya Bugis, emak saya Jawa dan saya perasan Hispanic (hu huu..), maka rumah terbuka kami ADA KESEMUANYA! Selain ketupat, burasak dan segala lawannya, emak saya yang memang pakar memasak juga memang hebat memasak soto, laksa Johor dan signature minestrone spaghettinya.
Kawan-kawan dan saudara-mara yang ada nombornya di telefon saya,
tunggu-tunggulah SMS jemputan
majlis perkahwinan rumah terbuka kami tahun ini, ya?
Lupa pulak nak cerita, memandangkan tahun ini tahun pertama saya beraya sebagai seorang
vegetarian, maka kalau bertandang ke rumah sanak saudara, saya cuma akan menjamah ketupat atau burasak kosong, paling-paling pun dengan sedikit kuah lodeh atau sambal kacang. Kalau nampak ada serunding, terpaksa bertanya dulu,
"Mak Nah, ni serunding daging ke kelapa?". Sedikit pun tak menyesal atau mengidam makan ayam masak merah atau daging rendang, cuma kadang-kadang sedikit trerkesal sebab selalunya tak kenyang. Maka, memang saya
standby sesisir pisang (penjodoh bilangan tepat, tak tahan! Masih terkesan jadik cikgu tuisyen BM masa adik UPSR bulan lepas) dalam kereta. Nasib baik bawak kereta sendiri balik beraya tahun ni.
Apakah biskut raya kegemaran anda?Maaflah, saya memang tak pernah suka apa jenis kuih raya pun :(
kalau kena paksa sekali, seratus kali pun memang saya tak akan makan.
Berapa banyak duit raya anda dapat dan dibelanja untuk bagi kepada budak-budak?Konfemmmmm saya tak dapat duit raya singget pun,
sebab sedara mara ingat saya kaya dan dah berjaya.
Diorang tak tahu
Yoga Zone (cuba klik) dah bankrup
dan masih hutang gaji saya hampir dua puluh ribuuuuuuuuuu.
Eh, tapi Supertall yang super mulia hati sebenarnya bagi saya duit raya,
berapa jumlahnya tak payahlah saya kongsi kat sini.
Nanti semua orang nak jadi awek Supertall raya tahun depan.
Dengan duit raya yang Supertall bagi,
dapatlah saya buat duit minyak dan tol balik kampung (tsk tsk, sedih lagi tak kelakar kan?)
dan bakinya buat duit raya untuk adik-adik saya:
Yang berumur 13 tahun ke atas, dapat sekeping RM100 seorang.
Yang 12 tahun di bawah, dapat sekeping RM50 seorang
(adik Supertall termasuk sekali, chehh.. perasan macam
dah jadi adik tu, hu huu..),
tapi masalahnya, saya ada ENAM orang adik, OK!
Anak-anak sepupu yang sempat saya jumpa dan salam tangan, dapatlah RM10 seorang.
Tapi boleh haru jugak tu, FIRST COUSINS saya belah mak campur bapak lebih 150 orang tau! Nasib baik saya buat syarat, ANAK SEPUPU saja yang dapat. Tu pun kalau nak kira, berpuluh jugak anak saudara sepupu saya. Tapi takpe, alhamdulillah semua sangat comel dan sihat belaka.
Apakah aktiviti malam raya korang?What do you mean, 'korang'?
Ada nampak kita orang buat apa-apa kat mana-mana ke?
Cheh, terasa pedas sendiri. He hee..
Malam raya, sebelum Supertall dan saya memandu ke kampung ibu bapa masing-masing,
(tak paham aku, ada jugak yang busuk hati gila kata aku anak durhaka masa aku kata aku lagi excited nak pergi F1 Singapore dari balik kampung mak bapak aku. KAMPUNG mak bapak aku kat Johor, RUMAH mak bapak aku kat Bangsar. Aku balik RUMAH MAK BAPAK AKU tiga empat kali seminggu, woi! Jangan main syak wasangka ingat aku lupa kampung halaman. Kat Johor tu pun, atuk nenek belah mak aku dua-dua dah meninggal, memang takde sedara-mara berkumpul satu rumah pagi raya lagi dah..)Supertall sibuk membantu saya
unpack barang-barang dan kotak-kotak dari rumah lama saya di
Bukit Bandaraya ke apartment baru di
Damansara Perdana. Lepas Supertall bayar zakat fitrah di
Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar betul-tul belakang RUMAH MAK BAPAK SAYA, kami pun memandu balik ke KAMPUNG MAK BAPAK masing-masing, saya ke
Pontian, Supertall ke
Kuantan.
Siapa nak ditag?Siapa-siapa yang takde idea dan masih dalam mood raya.
Bye, saya nak pergi main futsal
dengan kawan-kawan
STFsetelah dua bulan tak main ni!