Showing posts with label entry in BM. Show all posts
Showing posts with label entry in BM. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

Hari Untuk Memperbaiki Diri!

(Satu lagi entri penuh bahasa ibunda untuk menambahkan pening-pening lalat kita semua!)

Kawan-kawan dan adik-adik tercinta,

Standard lah, membesar di sekolah berasrama penuh, semua perempuan pulak tu,
mesti banyak koleksi cerita kelakar pasal ‘period’ kan?
Waktu di STF dulu, period dipanggil ‘bejot’,
kira macam kita punya secret code lah.
Walhal semua cikgu lelaki pun arif bejot tu apa.
Rasanya budak STF sekarang panggil bejot lagi ke?
Hmm.

Masih berkisar tentang bejot,

..ketika melawat sanak-saudara Raya yang lepas,
rasanya cerita yang Kak Ninie (macam Kak Yong RTM pulak rasanya)
nak cerita ni dah diceritakan dalam dua puluh kali rasanya..













Kak Yong Ninie dan Baby,
gambar raya tahun lepas
sebab rambut masih pendek, belum perm
dan make-up masih tak 'on'
sebab belum dicover MAC Mineralizer




Kak Ninie ada empat orang adik-beradik perempuan, tak termasuk kita,
ada Si Iqah yang putih (18 tahun ),
Si Iqin
yang tinggi (umur baru 12 tapi tinggi 2 inci daripada kita!) dan
Si Baby
(7 tahun) yang sangat comel tapi mulut sangat bising.



















Baby dan Iqin,
gambar tahun lepas jugak
sebab Iqin tinggi dia 156sm sekarang :(



Kalau musim cuti sekolah, semua ada kat rumah,
nanti kita, Iqah, Iqin termasuk Emak kita orang sekali akan bejot sama-sama.
Rasanya kita pernah baca yang kalau sekumpulan perempuan dalam very close fraternity, kitar bejotnya macam synchronized gitu.

Jadi masa mak dan adik-adik perempuan Kak Ninie yang dah besar bejot bersama-sama,
si kecik tu selalulah rasa terpinggir..

Tiap-tiap petang, Baby dan Iqin berjalan kaki pergi sekolah agama di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. T hari Baby mengada terlampau, dia akan telefon Kak Ninie buat suara cute sambil merengek paksa kita ambik dia balik sekolah agama. Padahal sekolah agama dia (serius ni!) hanya 10 METER dari pintu pagar belakang rumah! Kalau Bangsar Village, dalam 20 meter. Tapi masih kena lintas Jalan Ara yang super sibuk, jadi selalunya ada lah Ammar (11 tahun) yang dah besar sikit akan pimpin Baby lintas jalan bila dia balik sekolah agama.

Maka ceritanya,
lebih kurang sebulan sebelum puasa lepas,
masa semua girls in the house bejot,
Baby jadi boring.

Bila dia boring,
otak dia mulalah pakat dengan mulut dia jadi super kreatif.

Beberapa hari sebelumnya, Iqah yang dah masuk universiti kata
dia tak boleh ambik Baby balik sekolah agama sebab “Iqah uzur, tak boleh masuk masjid.”
Bila Iqah bejot, kebiasaannya Iqin pun akan bejot sama.
Jadi Iqin akan balik sekolah agama awal sikit sebab,
Iqin uzur, tak payah mengaji dan sembahyang Asar dekat masjid.

Malamnya, Iqah call kita mengekek ketawa sambil berkongsi cerita,
Along, along. Tau tak adik Baby Along tipu Mak apa hari ni?
Iqah dengan Iqin kan uzur, jadi Baby kena balik sekolah agama dengan Ammar.
Tapi tadi dia balik sorang-sorang.
Dia kata dia tak payah sembahyang Asar sebab dia ZUHUR!!!


Ya Allah, penipuan melampau kan?
Tapi nasib baik salah sebut, maka jadi comel.
Kurang sikit kena marah dengan mak.















Yee haa! Jumpa satu lagi gambar sopan dengan Baby. Tapi ni bukan waktu raya, tapi majlis perkahwinan Juliana kesayangan kami berdua. Memang muka nakal dan 'kita-tahu-kita-kiut' Si Baby ni, kan?




* * * * * *

Masih berkisar hal bejot,
untuk adik-adik yang selalu bergantung pada tuala wanita yang bagus
untuk perlindungan pada saat-saat datang bulan,
jenama tuala wanita terkemuka, KOTEX
ada sesuatu yang super best untuk adik-adik semua!

Kalau adik-adik
(I am stressing adik-adik because this contest is only open for girls
of age 13 to 21, tsk tsk.. Are we that old?)
boleh ceritakan pada Kotex
Satu perkara yang anda ingin perbaiki untuk mencapai cita-cita
dalam kurang daripada 150 patah perkataan
(tapi kenalah tulis dengan kreatif, belajar dari Baby, adik Kak Ninie tu),
Kotex mungkin boleh tolong adik-adik mengubahnya di KEM KOTEX 2008!

Lagi best, ia akan berlangsung di Club Med, Pantai Cherating
bersama para selebriti tempatan antaranya pelakon-pelakon Kisah Kaisara, Ahli Fiqir dan Angkakasawan Pertama Negara kita!

Di Kem Kotex ni nanti,
ada bermacam-macam aktiviti yang membolehkan adik-adik mengenali diri sendiri,
mengenalpasti potensi terpendam adik-adik supaya kita boleh memperbaiki diri kita dan
mengejar impian hidup tanpa membuang masa lagi!

Tambah lagi, Club Med Cherating merupakan antara resort percutian tepi pantai
yang paling ekslusif di Malaysia tau!


















































(Gambar ihsan Google.com)

Cantik yang amat kan, Club Med Cherating ni?

Sebab dia tepi pantai,
boleh bergambar main pasir dibelakangi matahari terbenam,
atau kedua-duanya sekali sambil buat yoga macam ni pun boleh!
He hee..
















Tapi gambar ni, Kak Ninie kat Bali lah, he he..




Klik poster ini untuk tak membuang masa lagi,
tarikh tutup dah dekat ni!
























Antara syarat-syarat pertandingan ni,
untuk tidak membuang masa KITA yang tak layak :(,

• Jawapan mesti ditaip atau ditulis (dengan kemas) dalam bentuk esei,
tak payah panjang-panjang sebab jawapan adik-adik tak boleh lebih daripada 150 patah perkataan.
Satu perenggan je pun dah cukup :)
• Peserta mestilah PEREMPUAN dan berumur antara 13 hingga 21 tahun
• Penyertaan perlu dihantar ke
Kem Kotex® 2008’,
PO Box 8615,
Pejabat Pos Kelana Jaya,
46793 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
dan perlu sampai ke meja penganjur sebelum 5.30 petang, 31 Oktober 2008
(on the irony, the closing date is on bloody Halloween day!)

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi terma pertandingan,
klik http://www.kotex.com.my/kem2008/TermCond.htm

dan borang penyertaan boleh dimuatturun dan dicetak dari
http://www.kotex.com.my/kem2008/printPage2.asp, mudah kan?

50 penulis bertuah berpeluang menyertai KEM KOTEX 2008
yang akan berlangsung dari 17 – 19 Disember 2009 di Club Med Cherating, Pahang!
Makan-minum, penginapan dan pengangkutan ditanggung sepenuhnya tau!

Kak Ninie pun nak join kalau boleh,
dapat berjemur dan penginapan percuma di Club Med, best tu!
Tapi tsk tsk, baru minggu lepas hari jadi ke 26..
Syarat paling utama pun kantoi..

Tapi untuk adik-adik yang layak,
ataupun kawan-kawan yang ada adik perempuan umur 13-21 tahun,
jangan lupa, penyertaan ditutup pada hari Halloween, tau!

Mulakan menulis to get changing sekarang,
kalau tidak, menyesal nanti.
Asyik kena tukar pad je pulak..
'Zuhur' tak sudah. He hee..

Tuesday, October 14, 2008

The Day We Eat Like We Haven't Eaten For A Month, At All!

Duhai Diari,

Niat di hati nak update dan muat turun upload (eh, kalau download = muat turun, upload = ?)
gambar F1 di Singapura, tapi cik abang Supertall saya tak jumpa-jumpa kabel (?) Nikon D200nya.

Maka saya pun layan lah tag raya ini walaupun saya tidak ditag sesiapa.
Bak kata Fara Fauzana yang saudara-mara saya kata muka macam saya,
(mana ada! Saya rasa, saya lebih comel. Perasan gila, kan? Takpe, blog saya)
"Layannnnn.."


Berapa pasang baju raya anda tahun ini dan kaler apakah?
Tahun ni, takde (duit nak beli) baju raya. Biasanya tahun saya jadi pengapit pengantin, memang tak buat baju raya. Sebab kedua utama, saya masih seorang starving yoga instructor, maka duit setengah ribu yang biasa buat baju raya, pada saya lagi berbaloi buat duit raya untuk adik-adik dan anak-anak sepupu.

Tapi setiap tahun, famili saya memang akan bergambar raya sekeluarga di kedai gambar di kampung. Kami semua pakai baju warna turqoise. Sebab saya takde duit nak beli baju raya dan baju kebaya kaler turqoiose saya sudah masuk gambar famili raya beberapa tahun yang lepas, maka saya pinjam dan pakai baju emak saya. nasib baik kami dan dua orang adik perempuan lain sama saiz. Saya sangat tabik dengan emak saya, anak TUJUH tapi badan kalah saya yang si yoga instructor ini.


Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Disebabkan bapa saya orang Bugis tulen (atuk saya iaitu bapak kepada bapak saya, lagi banyak cakap bahasa Bugis dari cakap bahasa Melayu) dan saya cucu sulung belah bapa, saya memang lebih berat ke belah Bugis walaupun emak saya tulen Jawa. Hari raya pertama setiap tahun memang dua kereta kami beraya di perkampungan Bugis bapa saya di Pontian, Johor. Siap ada satu-satunya Muzium Bugis di Malaysia di kampung bapak saya tau, jangan main-main!















Sorry lah, gambar macam tak relevan dengan raya langsung!
Tapi diambil di Singapura, tiga malam sebelum raya, aci lah kan?
Di Stesen MRT Bugis yang mahal tu!




Makanya, juadah tradisional kami orang Bugis adalah burasak, bukan ketupat. Burasak, untuk mereka yang belum pernah makan adalah beras yang direndam dalam daun yang saya tak ingat nama dia. Tapi bila dah siap direbus selama 36 8 hingga 12 jam (terima kasih kepada Kay), warna beras tu jadi hijau pandan di luar tapi putih dan lagi lembut dari ketupat dan rupa dia ada macam lepat pisang.

Kesimpulannya, PPSYH (Pada Pendapat Saya Yang Hina)
burasak jauh lebih sedap daripada ketupat mahupun lepat pisang
yang memang kegemaran saya.

Burasak TIDAK dimakan dengan rendang atau ayam masak merah atau lodeh. Burasak afdal dan bertambah keenakkannya bila dimakan dengan sambal ikan parang dan serunding kelapa. Jangan cuba meminta lodeh atau sambal kacang di rumah orang Bugis, nanti kena pancung! Tapi kalau beraya atau ke rumah terbuka rumah (ibu bapa) saya, jangan risau. Disebabkan bapak saya Bugis, emak saya Jawa dan saya perasan Hispanic (hu huu..), maka rumah terbuka kami ADA KESEMUANYA! Selain ketupat, burasak dan segala lawannya, emak saya yang memang pakar memasak juga memang hebat memasak soto, laksa Johor dan signature minestrone spaghettinya.

Kawan-kawan dan saudara-mara yang ada nombornya di telefon saya,
tunggu-tunggulah SMS jemputan majlis perkahwinan rumah terbuka kami tahun ini, ya?

Lupa pulak nak cerita, memandangkan tahun ini tahun pertama saya beraya sebagai seorang vegetarian, maka kalau bertandang ke rumah sanak saudara, saya cuma akan menjamah ketupat atau burasak kosong, paling-paling pun dengan sedikit kuah lodeh atau sambal kacang. Kalau nampak ada serunding, terpaksa bertanya dulu, "Mak Nah, ni serunding daging ke kelapa?". Sedikit pun tak menyesal atau mengidam makan ayam masak merah atau daging rendang, cuma kadang-kadang sedikit trerkesal sebab selalunya tak kenyang. Maka, memang saya standby sesisir pisang (penjodoh bilangan tepat, tak tahan! Masih terkesan jadik cikgu tuisyen BM masa adik UPSR bulan lepas) dalam kereta. Nasib baik bawak kereta sendiri balik beraya tahun ni.


Apakah biskut raya kegemaran anda?
Maaflah, saya memang tak pernah suka apa jenis kuih raya pun :(
kalau kena paksa sekali, seratus kali pun memang saya tak akan makan.


Berapa banyak duit raya anda dapat dan dibelanja untuk bagi kepada budak-budak?
Konfemmmmm saya tak dapat duit raya singget pun,
sebab sedara mara ingat saya kaya dan dah berjaya.
Diorang tak tahu Yoga Zone (cuba klik) dah bankrup
dan masih hutang gaji saya hampir dua puluh ribuuuuuuuuuu.

Eh, tapi Supertall yang super mulia hati sebenarnya bagi saya duit raya,
berapa jumlahnya tak payahlah saya kongsi kat sini.
Nanti semua orang nak jadi awek Supertall raya tahun depan.

Dengan duit raya yang Supertall bagi,
dapatlah saya buat duit minyak dan tol balik kampung (tsk tsk, sedih lagi tak kelakar kan?)
dan bakinya buat duit raya untuk adik-adik saya:
Yang berumur 13 tahun ke atas, dapat sekeping RM100 seorang.
Yang 12 tahun di bawah, dapat sekeping RM50 seorang
(adik Supertall termasuk sekali, chehh.. perasan macam dah jadi adik tu, hu huu..),
tapi masalahnya, saya ada ENAM orang adik, OK!

Anak-anak sepupu yang sempat saya jumpa dan salam tangan, dapatlah RM10 seorang.

Tapi boleh haru jugak tu, FIRST COUSINS saya belah mak campur bapak lebih 150 orang tau! Nasib baik saya buat syarat, ANAK SEPUPU saja yang dapat. Tu pun kalau nak kira, berpuluh jugak anak saudara sepupu saya. Tapi takpe, alhamdulillah semua sangat comel dan sihat belaka.


Apakah aktiviti malam raya korang?
What do you mean, 'korang'?
Ada nampak kita orang buat apa-apa kat mana-mana ke?
Cheh, terasa pedas sendiri. He hee..

Malam raya, sebelum Supertall dan saya memandu ke kampung ibu bapa masing-masing,
(tak paham aku, ada jugak yang busuk hati gila kata aku anak durhaka masa aku kata aku lagi excited nak pergi F1 Singapore dari balik kampung mak bapak aku. KAMPUNG mak bapak aku kat Johor, RUMAH mak bapak aku kat Bangsar. Aku balik RUMAH MAK BAPAK AKU tiga empat kali seminggu, woi! Jangan main syak wasangka ingat aku lupa kampung halaman. Kat Johor tu pun, atuk nenek belah mak aku dua-dua dah meninggal, memang takde sedara-mara berkumpul satu rumah pagi raya lagi dah..)
Supertall sibuk membantu saya unpack barang-barang dan kotak-kotak dari rumah lama saya di Bukit Bandaraya ke apartment baru di Damansara Perdana. Lepas Supertall bayar zakat fitrah di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar betul-tul belakang RUMAH MAK BAPAK SAYA, kami pun memandu balik ke KAMPUNG MAK BAPAK masing-masing, saya ke Pontian, Supertall ke Kuantan.


Siapa nak ditag?
Siapa-siapa yang takde idea dan masih dalam mood raya.

Bye, saya nak pergi main futsal
dengan kawan-kawan STF
setelah dua bulan tak main ni!