Niat di hati nak update dan
gambar F1 di Singapura, tapi cik abang Supertall saya tak jumpa-jumpa kabel (?) Nikon D200nya.
Maka saya pun layan lah tag raya ini walaupun saya tidak ditag sesiapa.
Bak kata Fara Fauzana yang saudara-mara saya kata muka macam saya,
(mana ada! Saya rasa, saya lebih comel. Perasan gila, kan? Takpe, blog saya)
"Layannnnn.."
Berapa pasang baju raya anda tahun ini dan kaler apakah?
Tahun ni, takde (duit nak beli) baju raya. Biasanya tahun saya jadi pengapit pengantin, memang tak buat baju raya. Sebab kedua utama, saya masih seorang starving yoga instructor, maka duit setengah ribu yang biasa buat baju raya, pada saya lagi berbaloi buat duit raya untuk adik-adik dan anak-anak sepupu.
Tapi setiap tahun, famili saya memang akan bergambar raya sekeluarga di kedai gambar di kampung. Kami semua pakai baju warna turqoise. Sebab saya takde duit nak beli baju raya dan baju kebaya kaler turqoiose saya sudah masuk gambar famili raya beberapa tahun yang lepas, maka saya pinjam dan pakai baju emak saya. nasib baik kami dan dua orang adik perempuan lain sama saiz. Saya sangat tabik dengan emak saya, anak TUJUH tapi badan kalah saya yang si yoga instructor ini.
Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Disebabkan bapa saya orang Bugis tulen (atuk saya iaitu bapak kepada bapak saya, lagi banyak cakap bahasa Bugis dari cakap bahasa Melayu) dan saya cucu sulung belah bapa, saya memang lebih berat ke belah Bugis walaupun emak saya tulen Jawa. Hari raya pertama setiap tahun memang dua kereta kami beraya di perkampungan Bugis bapa saya di Pontian, Johor. Siap ada satu-satunya Muzium Bugis di Malaysia di kampung bapak saya tau, jangan main-main!
Sorry lah, gambar macam tak relevan dengan raya langsung!
Tapi diambil di Singapura, tiga malam sebelum raya, aci lah kan?
Di Stesen MRT Bugis yang mahal tu!
Makanya, juadah tradisional kami orang Bugis adalah burasak, bukan ketupat. Burasak, untuk mereka yang belum pernah makan adalah beras yang direndam dalam daun yang saya tak ingat nama dia. Tapi bila dah siap direbus selama
Kesimpulannya, PPSYH (Pada Pendapat Saya Yang Hina)
burasak jauh lebih sedap daripada ketupat mahupun lepat pisang
yang memang kegemaran saya.
Burasak TIDAK dimakan dengan rendang atau ayam masak merah atau lodeh. Burasak afdal dan bertambah keenakkannya bila dimakan dengan sambal ikan parang dan serunding kelapa. Jangan cuba meminta lodeh atau sambal kacang di rumah orang Bugis, nanti kena pancung! Tapi kalau beraya atau ke rumah terbuka rumah (ibu bapa) saya, jangan risau. Disebabkan bapak saya Bugis, emak saya Jawa dan saya perasan Hispanic (hu huu..), maka rumah terbuka kami ADA KESEMUANYA! Selain ketupat, burasak dan segala lawannya, emak saya yang memang pakar memasak juga memang hebat memasak soto, laksa Johor dan signature minestrone spaghettinya.
Kawan-kawan dan saudara-mara yang ada nombornya di telefon saya,
tunggu-tunggulah SMS jemputan
Lupa pulak nak cerita, memandangkan tahun ini tahun pertama saya beraya sebagai seorang vegetarian, maka kalau bertandang ke rumah sanak saudara, saya cuma akan menjamah ketupat atau burasak kosong, paling-paling pun dengan sedikit kuah lodeh atau sambal kacang. Kalau nampak ada serunding, terpaksa bertanya dulu, "Mak Nah, ni serunding daging ke kelapa?". Sedikit pun tak menyesal atau mengidam makan ayam masak merah atau daging rendang, cuma kadang-kadang sedikit trerkesal sebab selalunya tak kenyang. Maka, memang saya standby sesisir pisang (penjodoh bilangan tepat, tak tahan! Masih terkesan jadik cikgu tuisyen BM masa adik UPSR bulan lepas) dalam kereta. Nasib baik bawak kereta sendiri balik beraya tahun ni.
Apakah biskut raya kegemaran anda?
Maaflah, saya memang tak pernah suka apa jenis kuih raya pun :(
kalau kena paksa sekali, seratus kali pun memang saya tak akan makan.
Berapa banyak duit raya anda dapat dan dibelanja untuk bagi kepada budak-budak?
Konfemmmmm saya tak dapat duit raya singget pun,
sebab sedara mara ingat saya kaya dan dah berjaya.
Diorang tak tahu Yoga Zone (cuba klik) dah bankrup
dan masih hutang gaji saya hampir dua puluh ribuuuuuuuuuu.
Eh, tapi Supertall yang super mulia hati sebenarnya bagi saya duit raya,
berapa jumlahnya tak payahlah saya kongsi kat sini.
Nanti semua orang nak jadi awek Supertall raya tahun depan.
Dengan duit raya yang Supertall bagi,
dapatlah saya buat duit minyak dan tol balik kampung (tsk tsk, sedih lagi tak kelakar kan?)
dan bakinya buat duit raya untuk adik-adik saya:
Yang berumur 13 tahun ke atas, dapat sekeping RM100 seorang.
Yang 12 tahun di bawah, dapat sekeping RM50 seorang
(adik Supertall termasuk sekali, chehh.. perasan macam dah jadi adik tu, hu huu..),
tapi masalahnya, saya ada ENAM orang adik, OK!
Anak-anak sepupu yang sempat saya jumpa dan salam tangan, dapatlah RM10 seorang.
Tapi boleh haru jugak tu, FIRST COUSINS saya belah mak campur bapak lebih 150 orang tau! Nasib baik saya buat syarat, ANAK SEPUPU saja yang dapat. Tu pun kalau nak kira, berpuluh jugak anak saudara sepupu saya. Tapi takpe, alhamdulillah semua sangat comel dan sihat belaka.
Apakah aktiviti malam raya korang?
What do you mean, 'korang'?
Ada nampak kita orang buat apa-apa kat mana-mana ke?
Cheh, terasa pedas sendiri. He hee..
Malam raya, sebelum Supertall dan saya memandu ke kampung ibu bapa masing-masing,
(tak paham aku, ada jugak yang busuk hati gila kata aku anak durhaka masa aku kata aku lagi excited nak pergi F1 Singapore dari balik kampung mak bapak aku. KAMPUNG mak bapak aku kat Johor, RUMAH mak bapak aku kat Bangsar. Aku balik RUMAH MAK BAPAK AKU tiga empat kali seminggu, woi! Jangan main syak wasangka ingat aku lupa kampung halaman. Kat Johor tu pun, atuk nenek belah mak aku dua-dua dah meninggal, memang takde sedara-mara berkumpul satu rumah pagi raya lagi dah..)
Supertall sibuk membantu saya unpack barang-barang dan kotak-kotak dari rumah lama saya di Bukit Bandaraya ke apartment baru di Damansara Perdana. Lepas Supertall bayar zakat fitrah di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar betul-tul belakang RUMAH MAK BAPAK SAYA, kami pun memandu balik ke KAMPUNG MAK BAPAK masing-masing, saya ke Pontian, Supertall ke Kuantan.
Siapa nak ditag?
Siapa-siapa yang takde idea dan masih dalam mood raya.
Bye, saya nak pergi main futsal
dengan kawan-kawan STF
setelah dua bulan tak main ni!
13 comments:
apa la yogi nih.
download muat turn
upload muat naik la
saya tak pegi sekolah belajar yoga pun tau :P
ninie,upload = muat naik. :) according dekat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Muat_turun
anon:
Sebab tak tau lah kita tanya.
Sekolah yoga kita memang tak ajar sarikata pinjam ni, tapi sekolah yoga kita ada ajar, kalau tak nak sakit hati di kemudian hari, jangan sakitkan hati orang hari ni.
Apa agak rasanya buang masa tulis komen tak membina dan menyakitkan hati macam ni? Apa dapat? Puas kah, kenyang kah, tidur lagi lena kah?
Serius ni. Curious kita nak tahu.
arejae:
Terima kasih! Cha dah beraya rumah kita, awak bila lagi? Lama nya kita tak jumpa.
Sangatlah barunya mengikut blog ini (tak best lah cakap BM). Just very recently following your blog and now I find that you are a real Malay girl (in contrast being a not so real one). Don't get me wrong, my partner is also like you. Cakap Kedah pekat lagi...
Hahahaa, lucu ya'amat penulisan adik manis kali ini. ketawa sorang2 saya di meja kerja saya di pagi yang hening dan bening ini wakakakakaaa...
Saya pun rasa macam nak tag diri sendiri sebab macam seronok pula baca tag adik manis pasal raya ni.
hi there.. i blog hop here sebab jumpa u citer pasal burasak!.. it's my favorite too and the way you describe mmg sangat tepat. cuma i remembered my father cooked it for about 8-12 hours je.. btw.. raya lepas dapat gak makan.. dgn muka tak malu i ajak my mom gi rumah his cousin kat area pontian cause i know rumah dia mmg confirm ada burasak!.. yummeh!!
kruel:
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog saya yang entah apa-apa ni.
Saya kan fleksibel, ada hari boleh jadi ala-ala cikgu yoga yang meilpat dan berceramah kesihatan sepanjang hari, boleh juga jadik seMelayu mungkin one can ever imagine sampai ke tahap tengok Melodi dan baca Pandaindera hari Ahad. He hee..
Tapi Johor tak macam Kedah (suka sangat loghat Kedah dan Penang!), takde slanga. Tapi saya masih sebut gobok dan gebar. Hu huu..
sweettooth:
Kakak sayang (kena marah ke panggil kakak? He hee..), sila-silalah tag diri anda yang bergigi manis semanis senyuman dan erkkk, cokelat dari Dubai yang mungkin hanya tinggal kenangan sekarang.
Kita sebenarnya terbawak-bawak penulisan BM lepas habis tulis satu advertorial kelmarin, tak boleh get myself out of it sekarang. Tolong!
kay:
Konfem lah 8 - 12 jam je, kita kan drama queen. He hee, kalau 36 JAM masak burasak, konfem tong gas dah kena tukar berkali-kali kan?
Ada kemungkinan tak, rumah sepupu bapak awak awak tu rumah sepupu bapak kita jugak? He hee..
silent-no-more:
Ha'ah kan? Nak terjemah jadik Tinggi Tak Tahan boleh? He hee..
Selamat hari raya dan maaf zahir batin too!
haha...kelakar gila bila baca tulisan u dalam B.malay..
bila u tulis dalam english nampak macam serius dan matang..
i think just continue in malay..sungguh menghiburkan..pening pala kat office pun hilang..
Hmmm ~ I WANT TO READ WHAT U WROTE IN ENGLISH!! :) PLEASE???
Ping
Ninie,
Oleh kerana saya sgtlah suka makan burasak, maka saya pun meninggalkan komen saya di sini. Oh, betapa saya amat menanti-nantikan kedatangan syawal(sekiranya jatuh kepada giliran saya untuk beraya di Johor) untuk menikmati burasak. Tulis ni pun dah terliur, nak buat macammana tahun ini hanya beraya di Kuala Lumpur. :(
:Halle:
Hello there sista.
M yr new readers. hehe. Stumbled across from Hanis juga lah ni, hehe ;-)
I just wanted to say that I love yr gladiator shoes. full stop.
Hahaha ;-))
ooh my, u're bugis too? I'm totally bugis from both pa&ma, and burasak & lepat loi is simply delicious, no ketupat or lemang for me (except now terpaksa jugak kalau balik kg belah hubby). I can even speak the language babe, "aga gareba", "lette kik mandre" etc. maybe we can meet up one day to polish our 'ugik'? hehe
sungguh kelakar membaca hasil penulisan cik yoga kali ini...( eheheheh...ayat karangan upsr )
/me pasan lama dah muka hang mcm farah fauzana
ayeen
Post a Comment