to diva@XXXXX.com.my
date 15 September 2008 21:16
subject Juliana Ibrahim sudah berkahwin
Saudari Diva,
Merujuk ruangan gosip Cik Diva dalam XXXXX semalam (14 September 08), bagi pihak teman baik saya; pelakon dan pengacara cilik, Juliana Ibrahim yang Cik Diva siarkan gambarnya di tepi pantai - saya amat berkecil hati dengan tindakan saudari.
Untuk pengetahuan Cik Diva, 'lelaki mat saleh berbadan sasa' yang saudari hebohkan semalam merupakan suami Juliana Ibrahim. Mereka telah berkahwin (nikah) di London pertengahan tahun ini dan majlis resepsi di KL berlangsung di Hotel PJ Hilton bulan Julai lalu. Disertakan bersama e-mel ini adalah gambar koleksi peribadi saya ketika menjadi pengapit Juliana di majlis persandingan beliau.

Sungguh mengecewakan, seorang wartawan hiburan ruangan gosip sebuah akhbar tabloid tidak mengetahui akan perkara ini, malah dengan sewenang-wenangnya meyiarkan kenyataan berbaur fitnah dan meloyakan terutamanya di bulan puasa yang mulia ini. Seumpamanya mahu memulakan satu lagi kontroversi ala gambar Puteri Sarah dan teman lelakinya.
Sebagai sahabat karib dan bagi pihak keluarga & peminat Juliana Ibrahim, saya berharap Cik Diva dapat memperbetulkan keadaan dengan cara yang terbaik, terbuka dan belajar melaluinya.
Mengenali hati budi dan ketulusan Juliana, saya pasti beliau akan menerimanya.
Sekian, terima kasih.
Ninie Ahmad