to diva@XXXXX.com.my
date 15 September 2008 21:16
subject Juliana Ibrahim sudah berkahwin
Saudari Diva,
Merujuk ruangan gosip Cik Diva dalam XXXXX semalam (14 September 08), bagi pihak teman baik saya; pelakon dan pengacara cilik, Juliana Ibrahim yang Cik Diva siarkan gambarnya di tepi pantai - saya amat berkecil hati dengan tindakan saudari.
Untuk pengetahuan Cik Diva, 'lelaki mat saleh berbadan sasa' yang saudari hebohkan semalam merupakan suami Juliana Ibrahim. Mereka telah berkahwin (nikah) di London pertengahan tahun ini dan majlis resepsi di KL berlangsung di Hotel PJ Hilton bulan Julai lalu. Disertakan bersama e-mel ini adalah gambar koleksi peribadi saya ketika menjadi pengapit Juliana di majlis persandingan beliau.

Sungguh mengecewakan, seorang wartawan hiburan ruangan gosip sebuah akhbar tabloid tidak mengetahui akan perkara ini, malah dengan sewenang-wenangnya meyiarkan kenyataan berbaur fitnah dan meloyakan terutamanya di bulan puasa yang mulia ini. Seumpamanya mahu memulakan satu lagi kontroversi ala gambar Puteri Sarah dan teman lelakinya.
Sebagai sahabat karib dan bagi pihak keluarga & peminat Juliana Ibrahim, saya berharap Cik Diva dapat memperbetulkan keadaan dengan cara yang terbaik, terbuka dan belajar melaluinya.
Mengenali hati budi dan ketulusan Juliana, saya pasti beliau akan menerimanya.
Sekian, terima kasih.
Ninie Ahmad
25 comments:
Bodohnya diorg ni tak tau Juliana dah kawin ! Bodohnya ! Lebih2 lagi if you're in the entertainment industry. Haai....
I salute you, for defending the honor of your friend. Bukan semua kawan camni. Selalunya, masa senang, semua nak kawan, masa susah habuk pun tarak. So you have my deepest respect, for your loyalty, and for caring for Juliana.
read the article too.i think the writer commented more on the bikini? but then again, wasn't right for her to speculate.nak2 mmg tu sah2 hubby julieana!
hahahah....
reporter kan mmg tangkap muat!!
dah tak musim ler, nak sensasi kan citer.
skrg dah zaman it.
btw, congrat to juliana ibrahim.
waaa,,,, hensem ler hubby dia
;p
well done nini. main tulis jer. tak pasal malu sendiri. mesti cilok gambar ni dlm forum cari.
-tina-
i was about to comment...they shud do their homework la kan..ni main tulis ajer..
aiza:
My thought exactly!
didie:
Jugaklah tapi I'm thinking, suka hati lah kalau aku nak pakai bikini tepi pantai: my vacation, my body, my laki! Kan?
red:
He hee, I'm hoping kot-kot satu hari I kena benda sama (although I am soooo not in that capacity of a celebrity lah kan..), ada lah kawan I or blog reader I tolong defend on my my defense :)
anon:
Tuah badan :)
tina:
Tu lah! Kot-kot you terjumpa gambar I, cakap tau! Not that I care, but it's sickening that ada orang sibuk jaga tepi kain (or bikini for that matter) orang lain. Bukannya gambar bogel ke, tengah bercium / having sex ke, kalau tu, memang boleh carik pasal lah.
darling8tabby:
Diorang ingat surat khabar ni macam blog gamaknya, boleh tulis and tuduh sesedap rasa.
i think salah juliana jugak sebab tak hebohkan pasal wedding dia. dalam islam, benda baik ni kenan di sebar2kan.. so bila org tak tau yang kita dah kawen, dari situ timbul nya macam2 citer yang tak sedap didengar.. nways, it's just my 2 cents... cheers!
im sorry cant help but to say this, its her body, her vacation, her hubby or whoever it is, its her bloody life, and besides kubur masing2 laaa wei
Tak pandai pakai seksi sebab takut nampak lemak yang terkumpul di sana sini.Diva > Diva is apparently takut lemak2 instead of takut Tuhan, duhhhhhhhhhhhhhhhh!
kalau artis wat jahat, mak aih, sembunyik mcm mana pun terus dia tau. tp, org tu dah kawen dia xtau pun.. kelakar ayat dia 'melihat kepada kemesraan mereka, nampaknya ada hubungan istemewa..' lebih kurang la.. kepala hangguk betul la penulis tu..
alamak, aku posa.
Can anyone kindly give a translation of article/response. Would appreciate.
I think when you initiate a wedding and when it actually takes place, it is 'menghebahkan' the marriage already. And if anyone (or any gossip writer) simply googles her name, I am very sure it will point to her own blog http://julianaibrahim.blogspot.com in which she did mention her wedding, or even many other blogs (including yours truly and her photographer). Just because Juliana Ibrahim is not Siti Nurhaliza, she does not get / have the coverage / publicity to have her wedding on the cover of Media Hiburan and the likes. And in view and in respect of that, the wedding remained private for family and friends, tasteful dan 'tidak tacky'.
Susah betul jadik artis kan? Tak kahwin kena gossip, kahwin tak heboh kena kritik.. Macam mana nak aku nak kahwin dengan Brad Pitt ni? Brad Pitt tu, tak kahwin pun tapi ada anak dua dengan Jolie, selamba je.
Dan saya, memang tukang heboh. Julie cool saja, aku yang kepoh. Menang pengapit dari pengantin, hoh hoh!
babe, cik rosnah dan puan minati must be really proud of your BM!!! Tak sia sia youre on the Forum Remaja Kebangsaan team, wuhoooo!!!!
Apa, Juliana kena kawin siap dgn kuda keliling KL, party untuk peminat kat Taman Tasik, and the likes ke, so that it is deemed as 'menghebahkan' perkahwinan to everybody? Ohhhhh... tacky keh. Come to think of which, kalau buat huha-huha camtu, mesti ada orang cakap "Tunjuk megah betul. Saja nak tayang dia tu berduit". Kalau private ceremony, orang cakap jugak "Aik? Tak tau pun kawin! Takde sambutan besar-besaran ke?". Tu yg pelik tu, it's not as if Juliana 'kawin lari' ke apa, and it's not as if dia tak buat reception kat KL, with some celeb friends. Cheh, diorg ni, kalau berita berbaur gossip je, baru nak pasang telinga, kalau oang buat secara sah, halal, etc, takde pun nak kecoh.
keji ok orang macam ni.ikut suke je. the whole world knew about juliana's wedding, and where the hell is she at that time?duk lam gua kot. dah la bulan puasa, salah plak tu..hai, alert la skit. btw, congrats to ninie!
ninie, there are several blogs about gosip artis ni... ada gak gambar juliana dlm tu.. came across several of them bila google juliana ibrahim with the same pics... ntahla...
it is totally up to Juliana if she wants to 'hebahkan' her wedding or not. good on you ninie...we need more friends like you!
Ninie, ahem. Brangelina tu anak tiga weh
way to go ninie :)
hmn.. sebenarnya kan, kalau reporter tu ikhlas mesti tanya directly to juliana kan? btw, dia reporter, takkan takde sumber kot? bape lame jd reporter? tak sekolah ke? (wah, sungguh sinikal disini)
anyway, i hate reporters. most of them. especially gossip punya orang la. tau tak yang sebenarnya 90% of them tu bukan niat menegur, tapi menggossip. ala, nak melariskan majalah. taktik lama tu..
semua kawan2 patut contohi ninie! :D
kalau dia cedok dlm forum cari, kat situ pun dah terang2 cakap juliana ni dah kawin. siap ada gambar kawin lagi. ntah apa yang sidiva tu nak mengarut ntah. tak kan main cedok gambar jer without baca facts.
tapi standard la wartawan hiburan, mesti cakap dpt email la, org tu inform la org ni call la. dah tu kalau dpt email pun or even phone call tak kan tak nak research dulu, betul ke salah ke. main redah jer jari tu menaip. bodo piang betui la.
-tina-
My friend did show me the article on Kosmo! a few days back, in which I replied; Ok ape, it's not like she's not wearing anything..
I wonder why reporters make a such big deals when someone wears a bikini? Honestly I totally don't see the point.It's your body and you can do whatever you want.
haha
weh BM dapat A1 ke kat stf dulu. kalau camni, you jadi my PR officer la. boleh tolong kalau org komen/gossip i pakai speedos kat bali ke apa HAHA.
eh ninie, someone requested translation. post la plak :)
well written Ninnie! Also glad to have bump into you at Nirvana ;-)
from Perth
HEh, its your body, its your life....being liberal while at the same time being a muslim....but hey who am i to judge?
I am not a muslim but i do study....
Another muslim cannot use force but can advise and point out any wrong doings according to syariah law and the ways of Koran
Not backing up the reporter or anything but bikini shots...well I am assuming that Juliana is a muslim...so wouldn't that be inappropriate???
Probably she is an easy target just so happen she is a celeb...
Point to ponder....
Post a Comment