Wednesday, January 28, 2009

The Day I Am Most Grateful

Dear Diary,

Saya sudah lama berniat membuat
Senarai Kesyukuran Ninie Ahmad
inspirasi pasti dari belog Hanis Zalikha.

Hari ini, terutama sejak hujung minggu ini, bulan ini, tahun baru ini,
saya tahu saya perlu mendokumentasikan hari ini juga keutamaan kesyukuran saya,
sebelum saya lupa kesusahan yang saya alami sejak enam minggu lepas,
sebelum saya meminta yang bukan-bukan kerana tidak menghargai apa yang saya lalui / miliki.

Maka di bawah adalah SENARAI KESYUKURAN NINIE AHMAD
yang telah ditarik nikmat berkereta besar [in size] dan laju sejak enam minggu lalu:

















  • Saya bersyukur kerana Haji Ahmad dan Hajah Junainah tidak pernah mengungkit dan marah apabila mengetahui saya kecelakaan jalan raya bersama empat orang adik di dalam kereta.
  • Saya bersyukur kerana mereka bukan sahaja tidak pernah marah malah tidak mengungkit akan kemalangan itu.
  • Saya bersyukur kerana mereka bukan sahaja tak pernah mengungkit malah emak selalu offer pakai kereta dia pada hari dia tidak rasa tidak keluar rumah (errr, tapi kereta emak sangat panjang, susah side parking dan tiada reverse sensor..).
  • Saya bersyukur kerana ada boyfriend yang sangat, .... Saya akan kehabisan kata-kata kalau nak bercerita pengorbanan Supertall sepanjang saya ketiadaan kereta. Setiap hari selepas habis kerja, masih dalam baju dan tali leher kerja, beliau akan mengambil saya di rumah, memandu saya keluar makan mengikut tempat kemahuan saya dan kemudian menghantar saya pulang ke rumah sebelum beliau pulang ke rumah sendiri. Mind you, rumah saya sekarang di Damansara Perdana dan rumah beliau di Damansara Heights.
  • Saya bersyukur kerana Supertall begitu memahami yang saya masih trauma kemalangan tempoh hari maka setiap kali hujan ketika kami dalam kereta, saya akan pejam mata ketat-ketat dan menjerit memarahinya jika dia masih bawak kereta laju-laju ketika jalan basah.
  • Saya bersyukur kerana hari Supertall bekerja, Anna dan Henry selalu sukarela memandu saya ke tempat-tempat makan sepanjang ketiadaan kereta saya.
  • Saya bersyukur sepanjang saya tiada kereta sejak peristiwa ini, perjalanan saya ke destinasi mengajar dan melipat orang disenangkan oleh para pemandu teksi yang bukan setakat tidak mengambil kesempatan, malah sangat menyenangkan, tidak pernah tidak menggunakan meter dan sangat membanggakan saya sebagai rakyat Malaysia.
  • Terlanjur di sini, saya sangaaaaaaaaaaaat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Keberkatan hidup majmuk sesama bangsa lain yang sangat berlainan rupa tetapi mempunyai tahap toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain amat mengagumkan. Sangatlah jarang kita lihat orang Melayu, Cina, India dan mat salleh boleh duduk semeja, menikmati hidangan nasi daun pisang dan teh tarik yang sama, tanpa berhenti ketawa dan selalunya diakhiri dengan seorang membelanja isi meja yang lain.
  • Saya bersyukur kerana ketiadaan kenderaan sendiri memaksa saya lebih berdikari (literally berdiri atas kaki sendiri) dan membuka mata saya bahawa tidak mustahil untuk BERJALAN KAKI dari rumah saya (di Damansara Perdana) ke The Curve! Walaupun perjalanan mengambil masa 20 minit dan diselangi siulan abang-abang motor dan dihon kereta-kereta sepanjang perjalanan. Setakat hon, bukan nak bagi tumpang! Errr, tapi kalau dibagi tumpang pun, sumpah saya tak berani lah.
  • Berbalik kepada kereta, saya sangat bersyukur kerana BATMOBILE SAYA SUDAH KEMBALI KE PANGKUAN sejak hari Sabtu lalu!
  • Saya tambah bersyukur, hampir mahu sujud syukur di workshop itu juga tatkala dimaklumkan SAYA TIDAK PERLU MEMBAYAR APA-APA untuk menuntut Batmobile saya semula! Terima kasih pihak insurans yang sangat menyenangkan serta pihak workshop yang sangat baik budi (serta limau Mandarin empat biji yang diberi)
  • Saya bersyukur kerana sekali pandang, atau sejam pandang lah pun, Batmobile saya macam tak pernah accident langsung pun. Memang ajaib (atau workshop saya memang cemerlang)! Dua rim 17" saya yang saya ingatkan terpaksa diganti telah dimagikkan semacam tiada pelanggaran berlaku! Dua tayar Michelin yang saya ingatkan pecah rupa-rupanya tiada kebocoran langsung! Pemanduan dan handling di selekoh masih sangat lancar seakan lupa kedua-dua aksel (depan dan belakang) serta drive shaft depan pernah patah!
  • Jika boleh saya bersyukur akan ujian kemalangan tempoh hari yang menjadikan saya pemandu yang sangat cermat (jika tidak, sangat perlahan) sepanjang saya memandu kembali sehari dua ini

Bak kata emak Hanis,
NaniRostam said...

Assalamualaikum, Nini apa khabar, Aunty Nani berdoa Nini sihat walafiat.

Tak apa, Aunty tahu lepas ni mesti Nini akan selalu hati-hati bila pandu kereta. Syukur cuma kemalangan kecil. Selalunya orang yang pernah mengalami kemalangan begitu akan lebih berhati-hati daripada yang tidak pernah.


Saya yang baru kemalangan tempoh hari sememangnya akan lebih berhati-hati selepas ini.

Saya yang sebelum ini suka berlumba memandu laju akan lebih menghormati had laju selepas ini.

Saya yang sedar kemalangan boleh berlaku bukan hanya kerana pemanduan laju,
malah lebih utama lagi, musim hujan dan basah begini, kecenderungan hilang kawalan lebih mudah terjadi

Saya LEBIH sedar sekarang secermat mana pun pemanduan kita, sekiranya kita
- tak tahu samada tayar sudah tiada bunga,
- tidak memakai tali pinggang keledar,
- ada perangai menggunakan handphone ketika memandu (SMS pun TAK BOLEH LAH!)
- malas servis kereta sehingga kereta mungkin breakdown tiba-tiba literally di tengah-tengah jalan sehingga menyusahkan orang lain / melibatkan kenderaan lain

memang senang mengundang kecelakaan dan yang paling malangnya,
kadang-kadang sikap ignorant / mementingkan diri sendiri / kita sahaja yang betul di jalan raya boleh mengundang maut kepada pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain.

Saya serius ni,
kalau saya boleh extendkan kesyukuran saya sampai bila-bila,
SAYA SANGAT BERSYUKUR YANG KERETA SAYA TIDAK MELANGGAR / DILANGGAR KERETA / BAS/ LORI LAIN KETIKA TERGELINCIR DAN TERPUSING TIGA KALI!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulilliah.
Tuhan masih panjangkan umur saya dan adik-adik.


Saya serius ni.
Saya seru anda semua yang membaca,
serius ini, tolong berhati-hati sebelum dan ketika mengendalikan kenderaan.
Anda mungkin membahayakan jika tidak MEMBUNUH orang lain yang menjadi tempat keluarga bergantung dan mereka yang mungkin menjadi bakal pemimpin negara ataupun penyelamat dunia.

Sekadar peringatan (terutama untuk diri saya sendiri),
baca ayat Qursi atau sekurang-kurangnya baharui syahadah sebelum hidupkan enjin kereta setiap pagi. Kita tidak tahu jika ini hari terakhir kita memandu atau melihat dunia.

Saya serius ni.

10 comments:

izza farihana said...

it made me smile reading ur 'saya serius ni" :)

ina said...

alhamdulillah syukur. congrats dapat kereta 'batmobile' ninie kembali.

Anonymous said...

sis..
baca doa naik kenderaan..
but thank God u okeh..

love,
ur silent reader..

Anonymous said...

salam tuan empunya blog...erm..terlalu banyak benda yang perlu kita syukuri sekarang dari kurniaan ALLAH.sekurang-kurangnya bila saya terbaca blog ini ada kesedaran tentang nikmat dari allah.

Anonymous said...

hi ninie, i saw ur super tall just now mase lunch kat PBD. i'm sure it's him coz dah byk sgt tgk gambar di dlm ur blog. ehehe. saje nk bgtau. 2-3 kali gak la i pandang just to make sure.anyway, die keje kat mane?

Hanis Zalikha said...

haha yeah lama tidak buat senarai kesyukuran! nama batmobile itu mengapakah cool sungguh. best lah siot insurans cover semuaaa. eh emak sempat dilinkkan! harus memanggil emak.

okay kenapa bila i baca balik semua ayat mcm by its own, takde chemistry haha. tak reti comment ke aku ni?

ms ngantuk said...

i hope you're always safe. insya Allah. take care. enjoy reading this blog v much

Y- A-T-T said...

Afzanistrator:

u nampak Arash mohammad kot. hehe..

apahal aku tolong jawabkan utk ninie. ekekek.

Babe, utk pengetahuan kau, aku pun dah lama giller tak futsal! (eh, tetibe balas sms kt sini?)Tp mmg rindu giller dan konpem akan rojer kalau minggu nih ada, ok! (tp aku doubt sbb ramai yg cuti!)

muahs.

Saya syukur ada kawan srikandi macam ninie, dah puluh-puluh tahun kawan pun tetap tak bosan dan tetap rindu rindu ;)

nanti nak wat jugak lah senarai kesyukuran nih. yeay.

Eureka! said...

Salam, saya serius ni.. .bersyukur sebab ninie selamat, kalau tak..tak der lah blog saya nak layan. Take care girl!

haneejane said...

Hi Ninie,
Saya selalu jenguk ke sini, cuma 2-3 menjak ini saja saya bz dengan kerja & pengurusan ERT. Hehe. Ninie, ayat Qursi memang menjaga kita. Saya pernah hampir dirompak tapi ayat Qursi melindungi saya. Dulu saya suka pasang radio /cd kuat2 tiap kali naik kereta tapi kini saya mulakan dengan ayat Qursi. Nak keluar rumah pon. Supaya orang-orang yang jahat tak terpandang rumah kita. InsyaAllah.
Take care Ninie.