Kak Ninie mintak maaf banyak-banyak terlalu lambat balas e-mail manis Hanis manis yang memujuk duka lara Kak Ninie. Banyaknya urusan my new yoga studio terbengkalai disebabkan huru-hara yoga semenjak dua-menjak ni, banyaknya komen-komen menghina dalam blog kita yang kadang-kadang, walaupun rasa nak mengalir air mata baca, baca jugak, approve jugak, beri jugak peluang orang caci maki kita.
Dalam hati setiap masa, dalam doa setiap kali lepas sembahyang, mintak Tuhan kuatkan hati, kuatkan semangat, halalkan dosa orang-orang yang menghina dan menfitnah kita sebab mak Kak Ninie selalu pesan, dosa dengan Tuhan boleh minta ampun, dosa dengan manusia lain, kalau empunya badan tak maafkan, beraturlah selamanya kat pintu syurga.
Di sebalik kesibukan setiap hari mendail nombor JAKIM merayu dan nekad telan pride jumpa sendiri para Mufti, curi masa bertemu peguam-peguam hebat negara, menalipon peguam-peguam Syariah kita dan Supertall boleh jumpa untuk meminta pandangan dan kalau ada peluang and duit lebih, minta belaan untuk protect diri dan studio yoga yang tak terdiri pun lagi, kita tak lupa cepat-cepat klik blog Hanis kalau Blogger kata Hanis ada update terbaru.
Lepas check blog Hanis tadi,
terus klik blog mak mak Hanis.
Berderai tak putus-putus air mata kita baca nukilan indah lagi ikhlas mak Hanis, aunty Nani
(mak Supertall kita pun nama aunty Nani jugak).
Terbayang-bayang kat kepala macam mana rasanya kalau mak kita tulis kat kita macam tu. Walaupun mungkin tak sebijik macam tu (mak kita lecturer English maka confirm dia akan tulis dalam bahasa Inggeris yang perfect, tak macam Anak Pertama dia).
Dengan ketiadaan kerja di petang ini sebab Jehan Miskin terpaksa kensel sesi rockclimb kami sebab ada shooting petang nanti, ketiadaan Supertall yang sedang meeting dengan Malik Imtiaz, maka Kak Ninie nak jadi kreatif mengimprovasikan surat mak Hanis jadik menulis surat untuk diri sendiri seolah-olah mak Kak Ninie yang tulis dalam blog dia. Ha ha..
DISCLAIMER:
1. Versi lebih pendek (sebab Ninie satu kaki lebih pendek dari Hanis)
2. Dalam bahasa Melayu (mama, if you are reading this and nak versi bahasa Inggeris, sila tulis sendiri)
3. Dari mata mak, mesti dia sentiasa puji dan nampak anak dia bagus maka versi masuk-bakul-angkat-sendiri on full mode.
________________________________________________________________
ANAK MAMA YANG PERTAMA INI - ALONG
Banyak air mata mama yang telah Along tumpahkan sepanjang 26 tahun Along jadi anak mama. Kalau mama boleh tuliskan satu-satu di sini, tapi takut ada 6,782,896,857 sebab dan takde orang nak baca belog (TM Hanis Zulaikha) Along lagi kalau mama ceritakan semua, ha haa.
Maka yang utama-utamanya sahaja:
AIR MATA KEGEMBIRAAN MAMA
1. Masa Along khatam Quran pada umur 10 tahun
Along diarak satu kampung dan mama masih ingat, mama beri Along pakai baju nikah Mama. Mama juga tak lupa yang hari khatam tu kena postpone sebab lagi tiga hari nak majlis khatam, Along kena period pertama. Mama juga tak lupa yang Along mintak pad pada mama, mama kata takde jadi Along pergi kedai naik basikal nak beli pad dan PAKAI TUDUNG. Lepas khatam, tudung pun terbang sampai sekarang.
2. Sewaktu Along jadi juara Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1994 yang menjadikan Along wakil WP ke peringkat kebangsaan di Terengganu tahun itu. Mama tak boleh lupa macam mana Along bercerita kisah Qabil dan Habil dengan begitu bersemangat dan menyayat hati sehingga semua hakim pertandingan itu mengalirkan air mata di kemuncak penceritaan Along.
3. Masa Along dianugerahkan Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Bangsar tahun 1994. Pagi hari petang hari penyampaian hadiah itu, keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah, Along dapat semua A walaupun mama risau, sewaktu hari UPSR, Along dikuarantin kerana kena chickenpox. Mama menyumpah juga, chicken pox ni tak boleh kena kat anak aku time lain ke, kenapa kena saat genting ni. Malam hari penyampaian hadiah tu, air mata mama tumpah lagi. Mama terpaksa ke United Kingdom untuk teruskan Masters mama dan terpaksa meninggalkan Along, Abah dan adik-adik-adik (masa tu, kamu baru ada tiga orang adik) di Kuala Lumpur tanpa Mama.
4. Masa Along buat keputusan tidak mahu ikut kami sekeluarga ke UK bila Abah jadi wartawan pertama yang Berita Harian (NST) taja sepenuhnya untuk lanjutkan pelajaran ke UK, selama dua tahun dengan gaji jalan dan boleh bawa seisi keluarga bersama. Mama tak lupa, sebelum kita pindah ke KL pada tahun 92, sewaktu Along masih bersekolah di Johor, Along pernah kata, "Along nak dapat straight A dalam UPSR supaya boleh masuk Sekolah Tun Fatimah bila form 1."
Mama tau Along memang anak mama yang terlebih cerdik, pandai membaca bila umur 3 tahun (tapi masa tu mama dan Abah dua-dua masih cikgu jadi anak cikgu memang kena drill baca buku kat rumah). Abah tanya bila result UPSR keluar dan pada masa sama Abah dapat tawaran ke UK, Along kata, "I want to wait for the offer masuk boarding school. Kalau dapat STF, Along tak nak ikut pergi UK.""Kalau dapat Tunku Kurshiah ke, Seri Puteri ke, macam mana? Kita bukan boleh main pilih-pilih." "Kalau TKC atau SSP, Along ikut. Kalau STF, Along tinggal sini."
Masih mulut Along, surat tawaran Kementerian sampai kata dapat masuk STF. Maka Along tak ikut dan sepanjang dua tahun mama, Abah dan adik-adik-adik-adik (masa tu kan tambah sorang adik kat UK) setiap hari rindukan Along, risaukan cukup tak makan pakai Along di STF, bimbangkan Along menyusahkan arwah Atok atau pakcik-makcik di JB tak.
5. Masa hari pengumuman result PMR tahun 1997
Mama tengok Along memang malas mengulangkaji masa tu, kalau time cuti sekolah, mesti Along naik bas (masa tu takde LRT lagi) hampir setiap hari ke Sungai Wang Plaza dan Starhill. Jadi hari pengumuman result tu, mama tengah sembahyang hajat bila Along letak talipon lepas call STF. Bila Along kata, "Along dapat 8A," dan mama jawab, "Betul ke?" bukan nak memperkecil-kecilkan Along, tapi sebab Mama hilang kata-kata. Terlalu bangga dengan anak mama.
Basah telekung mama dengan air mata masa peluk Along hari tu. Masa tu tak pernah lagi ada anak saudara mama dapat 8A dalam PMR. Errr, walaupun keputusan sebenarnya, Along dapat 8A 1D. D untuk Bahasa Arab yang mama target, Along dapat E sebenarnya sebab Along kata Along tak jawab soalan esei langsung. Along kata Along hafal karang 'Al-bahru' tapi tak keluar. Mama tau Along nak ambil Bahasa Perancis sebagai bahasa tambahan di STF, tapi mama yang paksa ambik bahasa syurga.
6. Hari ketiga SPM
Pada hujung tahun 1999 tahun Along ambik SPM, lepas paper kedua, semua calon SPM diberi cuti dua minggu break Pilihanraya Umum tahun tu. Mama sangat risau sebab Along mama tak nampak belajar langsung dan mama risau, sebab di Johor Bahru dan Pontian tempat mama dan Abah mengundi, tiga sepupu Along tengah kena beguk. Kerisauan mama jadi kenyataan, balik semula STF lepas pilihanraya, cikgu STF call kata Along kena beguk dan terpaksa jawab semua baki kertas peperiksaan SPM di bilik sakit.
Mama mengucap panjang. Kenapalah Along kena dugaan maha hebat begini, semua sakit besar yang datang sekali seumur hidup, Tuhan turunkan untuk Along ketika time exam paling besar dalam Malaysia. Chicken pox masa UPSR dan beguk masa SPM. Mama bimbang tak sudah, macam mana kalau kertas ujian Along biru kena nila di tengkuk dan simpang malaikat, macam mana kalau kertas SPM Along yang satu-satunya dijinjit pemeriksa dari bilik sakit STF tercicir dan result SPM tersangkut.
7. Hari pengumuman result SPM
Mama dah berserah pada Tuhan, dalam hati mama, kalau Along dapat Gred 1 pun cukuplah. Mama tau Along sakit beguk yang datang percuma dengan demam panas masa SPM. Walaupun mama risau Along nak pergi JB ambik result naik bas dengan Izyan, Sareque, Dayerq dan siapa lagi masa tu, mama relakan. Alhamdulillah, STF cipta rekod negara dengan semua calonnya dapat gred 1 dan anak mama dapat 8 agregat! Terkejut mama, Along dapat A1 untuk hampir semua subjek kecuali Fizik, Biologi dan Kimia. Tapi oklah, credit juga sebab selama monthly test dulu, markah subjek-subjek tu selalu tujuh atau lapan perseratus je. Mama sujud syukur satu malam hari tu sebab terbukti, keputusan cemerlang peperiksaaan besar Along sebelum ni bukan nasib baik saja.
AIR MATA KELUKAAN HATI MAMA
1. Hari mama jumpa rokok dan lighter dalam kereta Along ketika Along first semester di UNITEN, mama masuk bilik Along, dengan air mata berlinang mama tanya, "Have I failed in becoming a good mother to you? What did I do in raising you that makes you want to kill yourself this way?". Mama tinggalkan Along sorang-sorang sambil campak kotak rokok Marlboro merah dan lighter atas katil Along. Esok paginya, mama bangun dengan sekeping surat panjang dengan tulisan Along yang kemas.
Mama masih simpan surat tu sampai sekarang, mama tak akan lupa sampai bila-bila kandungan surat itu terutama penghujungnya yang Along kata, "Along tak janji tapi Along akan cuba sedaya upaya berhenti hisap rokok. Along tau perangai ni buruk dan mama jangan risau, walaupun mama nampak Along macam ni, Along janji pada mama:
1. I will never drink
2. I will never do drugs
3. I will remain a virgin until I get married"
Sebab tu lah, walaupun apa orang kata, walau apa orang fitnah anak mama sekarang, mama pegang janji Along. Mama harap Along masih berpegang pada tiga falsafah itu sampai bila-bila. Dan harapnya Along sudah buang tabiat buruk merokok tu. Tapi takkan cikgu yoga hisap rokok, ye tak ye.
2. Hari kita terpaksa buat laporan polis sebab ex-boyfriend Along panjat bumbung rumah kita, pecahkan tingkap bilik Along dan tumbuk muka Along. Along kata Along sendiri hentak muka kat dinding tapi mama tau bila anak mama menipu. Bukan Along yang buat tu pada diri Along sendiri. Nasib baik mama ambik gambar dan jadikkan gambar tu bukti bila ex-boyfriend Along yang itu, cuba pecah masuk rumah lagi sekali.
Dalam hati mama masa tu, kalau membunuh tu tak salah, dah lama mama tembak S***** tu dengan senapang patah Abah. Mama sendiri tak pernah tampar Along, ini dia sedap tangan pukul anak dara kita yang kita tatang macam minyak penuh selama ni.
Tu sebab sampai sekarang mama selalu pesan, kalau nak pilih calon teman hidup, biar tak hensem, biar tak kaya, tapi biar berpelajaran dan ada pegangan agama. Tapi kalau boleh dapat yang berpelajaran, berpegangan agama, ada sikit rupa dan harta, lagilah elok. Mama nak jugak anak mama hidup senang dan dapat cucu comel-comel.

Along jugak yang selalu tanya, "macam mana nak dapat baby comel macam Baby kita." Hah, kahwin dulu, nanti mama ajarkan doa-doa dia. Dan tolong kahwin cepat sikit, mama dah umur 50 ni, jangan sampai adik Angah awak kahwin dulu. Baby pun dah mengomel, dia asyik jadi flowergirl kawan awak kahwin je, awak tak kahwin-kahwin jugak. Sampai dia cakap dekat wedding Diah hari tu, "Bila Along kahwin satu hari nanti, Baby dah tak boleh jadi flowergirl Along. Sebab bila Along akhirnya nak kahwin, Baby dah besar." Budak kecik pun pandai.
Along memang anak mama yang paling degil. Mama akui, mama juga bukanlah mama paling sporting dalam dunia and don't get me start talking about your father. Along memang degil, segalanya cakap Along saja yang betul, walaupun kadang-kadang Along memang betul tapi mama tak nak mengalah. Mama lebih banyak makan garam, kan.
SOAL PELAJARAN
Mama tahu Along dah banyak mengikut kehendak mama dan Abah. Masa Along dapat tawaran buat Architecture di UiTM dan tawaran termasuk biasiswa buat IT di UNITEN, Along berkeras nak sangat masuk UiTM untuk buat Architecture. Susah kita nak buat pilihan masa tu sebab intake UNITEN dan UiTM tahun tu jatuh pada hari yang sama. Along turutkan jugak kata mama dan Abah ambik IT di UNITEN walaupun mama tahu, Along struggle di UNITEN sebab tak minat komputer dan senyap-senyap apply Architecture sekali lagi semester berikutnya.
Takpelah sayang, mama tahu Along dianugerahkan Tuhan otak yang cerdik. Semoga adik-adik boleh contohi dan dapat inspirasi untuk dapat keputusan UPSR, PMR dan SPM yang cemerlang macam Along. Walaupun nampak gayanya sekarang ni, sorang pun anak mama yang lain belum boleh challenge Along. Jadi they all will still respect you for that at least.
SOAL MINAT DAN BAKAT
Mama tahu Along memang minat menulis. Orang kata ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Mama masih ingat masa umur Along baru 10 tahun, Along dah mula baca karya Keris Mas, A. Samad Said dan Judith McNaught. Masa Abah masih dapat voucher BBC (Berita Book Centre), buku-buku hard cover Arenawati yang Along pilih walaupun umur masa tu baru 12 tahun.
Along anak mama, maka sedegil mama pada Atok dulu, mungkin sedegil itu juga Along anak mama. Along rebel, masa di STF senyap-senyap tulis surat kepada Berita Harian mengkritik itu ini, sini sana, mama tau. Masa di UNITEN, mama tau surat Along selalu tersiar di majalah kewanitaan dan fesyen. Mama ingat minat menulis surat sampai situ sajalah, setakat nak memang perfume. Mama tak tau Along memang ada bakat menulis dan masih menulis mempertahankan yoga di surat khabar, mama lupa Along anak Abah yang dah menulis untuk Berita Harian sebelum Along lahir lagi.
Walaupun majalah Along tak jalan, takpelah. Belog pun belog lah. Anak murid mama pun ramai yang baca belog Along. Maka sila jaga grammar, spelling dan punctuation seboleh mungkin.
SOAL KERETA
Mama tahu Along dengan sabarnya tahan malu bawak kereta buruk berusia 26 tahun milik Abah masa di UNITEN selama dua tahun nak habis P. Walaupun mama ketawa je sekarang ni Along buat rule adik-adik Along yang baru dapat P kena pakai kereta buruk tu jugak sampai dapat lesen penuh. Iqah pulak sekarang ni yang dah dapat P tapi tak nak bawak kereta tu langsung maka mari kita tengok, tahan ke tidak dia di UIA tak bawak kereta dua tahun.
Awal tahun ni, Along degil lagi, nak jugak beli kereta turbo hitam tu walaupun Abah kata, kalau beli kereta lain, Abah tolong bayar downpaymentnya. Kalau Along ambik BMW 3-series second hand yang Abah recommend tu, Abah tolong bayar 20% downpayment
Tolong ya, sayang. Jangan bawak kereta laju-laju.
Mama belum sempat rasa ada menantu dan cucu.
SOAL BERDIKARI DUDUK SENDIRI
Tahun lepas, mama sedih bila Along ambik keputusan untuk keluar rumah mama dan Abah untuk duduk sendiri. Satu je kerisauan mama, Along duduk dengan siapa, Along duduk dengan boyfriend ke.
Mama tak tau pulak masa tu Along dah takde boyfriend, baru break-up dengan A***. Along tak angkat mama call beratus kali, mama terpaksa call A*** tanya, "A*** kena jawab aunty, sebab Ninie tak nak cakap dengan aunty. Kenapa you all break-up? " Mama terkedu bila A*** kata, "Ninie kata I ada perempuan lain." Mama tau Along memang keras kepala, tapi masa tu mama relakan sebab kadang-kadang naluri kita perempuan ni lain sikit. Mama pun perempuan juga, pernah juga bercinta. Kalau hati kata ada tak kena, biasanya memang ada yang tak kena.
Bila Along make peace dengan mama, Along masak dinner dan ajak mama datang rumah Along (alahai anak mama, duduk Bangsar jugak rupanya. 3 minit je dari rumah mama, kenapa nak pindah jugak?), mama sebenarnya relakan sebab rumah Along cantik, kemas dan housemates Along masa tu, Alena dan Karen pun nampak macam good girls.
Tapi Along tak bagi tau mama pun, bulan Oktober tahun lepas Alena pindah Shah Alam dan Karen migrate pergi Singapore. Dan housemate baru Along masa tu, lelaki dan mat salleh pulak! Menggigil sekejap mama. Tapi lepas Along yakinkan mama yang Tom bukan boyfriend Along, mama senyap sekejap tapi sebagai mama yang bertanggungjawab, mama selalu drive pergi rumah Along untuk check Along tak buat benda bukan-bukan.
Nasib baik bulan 10 tahun lepas jugak, Along dapat sorang lagi housemate dan alhamdulillah perempuan, Haflin. Yang cantik dan macam model tu (eh, ke memang model?). Kalau ada tiga orang dalam rumah tu, was-was mama dan syak wasangka orang akan kurang lah Insyaallah.
Bila Haflin pindah, Anna ganti masuk, mama mula-mula skeptikal. Kenapa tak replace housemate Melayu jugak. Along marah mama, Anna tu Melayu lah. Mak dia Cina, bapak dia Melayu, Melayu jugak lah kan. Bila Along cakap Tom nak pindah France dan ada lagi sorang pulak tu mat salleh LELAKI ganti Tom, mama dah tak risau. Mama tau masa tu Along dah ada boyfriend baru yang super tinggi tu, maka asalkan yang duduk satu rumah dengan Along bukan boyfriend Along, mama puas hati.
Termakan jugak kata-kata Along yang kata, rasa selamat sikit bila ada lelaki duduk dengan kita orang, orang lelaki lain takut nak pecah masuk dan kalau ada lampu-lampu rosak ke, kereta rosak ke, ada jugak orang pandai betulkan. Pandailah kamu..
SOAL YOGA
Masa YogaZone bungkus dulu, mama tahu Along buntu macam mana nak continue bayar sewa rumah, bayar instalment kereta. Abah pujuk dan offer kerja dengan dia, Along tak nak. Tapi Abah dia pun satu, offer anak awak yang baju tak cukup kain ni jadik Manager Masjid Putrajaya. Offer gaji 5 ribu sebulan pun, mama tau Along sumpah mati hidup semula pun tak mahu. Along tahu garang Abah Along tu, kalau dah ambik duit dia, jangan harap boleh sebut perkataan Yoga tu lagi depan dia lepas tu, kalau Along kerja dengan Abah lah.
Dalam seminggu dua minggu ni, mama rasa nak menangis lagi baca perjuangan Along di suratkhabar mempertahankan yoga yang Along sayang dan dah buat selama 8 tahun ni. Lima tahun dulu, masa Along nekad tak nak kerja dengan Abah, nak jugak jadik cikgu yoga, mama sangat risau, cukup ke gaji jadik cikgu yoga.
Alhamdulillah, Along dah buktikan pada mama yang you are more than a yoga teacher. Malah mama bangga, Along dah berjaya terbitkan dua majalah yoga pada usia yang sangat muda. Mama bangga, Along berani bukak business yoga sendiri. Biarlah apa orang nak nata, anak mama 'cikgu yoga je', tapi mama diamkan je. Ikut hati mama, nak je mama kata, 'Anak awak kerja swasta umur 30 gaji berapa?' tapi tak baik merendahkan orang. Bila kita sendiri tau apa yang kita buat, bila kejayaan kita tersiar di suratkhabar dan majalah-majalah, orang akan senyap dan malu sendiri.
Mama dah panjang mengarang ni, lenguh tulang belakang.
Dah tak ingat pose yoga yang mana Along ajar mama dulu untuk hilangkan lenguh ni.
Pesan mama,
anakanda ku sayang,
1. Jangan tinggal solat
Along selalu bela diri, "Along sembahyang ma bila Along boleh" tapi ni bukan soal boleh tak boleh. Solat tanggungjawab kita orang Islam, kalau Along boleh bersenam, beryoga, ke gym, MESTI boleh cari masa bersolat. Ingat mama tak nampak, kuku awak sentiasa merah berdakwat. Kalau masa datang bulan, takpelah. Jangan sebulan memanjang kuku berias French manicure.
2. Jangan sesekali lupa diri
Walaupun dah berjaya, walaupun nanti banyak duit, jangan lupa adik-adik dan saudara-mara. Kalau ke JB, jangan lupa singgah rumah Pak Mi, Pak Din dan Pak Long. Walaupun Along rasa ada yang tak suka Along, takpe. Lembutkan hati mereka dengan kebaikan dan niat ikhlas kita. Ada ramai lagi pakcik makcik Along yang sayang Along sebab Along kelakar dan selalu offer bawak diorang jalan-jalan kalau diorang pergi KL. Pak Mi tu dah excited sebab dia dah boleh 'terbang' dalam short yoga stint Along ajar dia masa wedding Diah dua minggu lepas.
3. Jangan pakai baju seksi sangat
Abah awak tu Setiausaha Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Abah pergi sembahyang kat masjid yang belakang rumah tu, hampir setiap waktu. Kesian kat Abah kalau kawan-kawan masjid dia komplen "kenapa anak Cik Mat pakai baju lagu tu.." Mama pun pernah muda, mama pun dulu pakai segala apa yang Along pakai sekarang, cermin mata besar, tali pinggang besar, kasut platform, rambut gulung-gulung tapi semoga Along terima Hidayah untuk berpakaian lebih sopan satu hari nanti.
Mama tak paksa anak mama, tapi mama beri kebebasan berpakaian dan berfikir sebab mama tahu anak mama semua pandai-pandai. Mama juga perasan, semua anak perempuan mama badan kecik tapi part tu besar, takut orang lain nanti tak tahan godaan nafsu, kamu semua juga yang susah nanti. Simpang malaikat..
4. Jangan fitnah, jangan jaja cerita buruk orang lain walaupun cerita tu betul dan jangan sakitkan hati orang
Mama ulang lagi sekali, dosa dengan Tuhan kita boleh minta ampun dan bertaubat. Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Kalau cara kita betul dan niat kita untuk tidak ulang kemungkaran, mungkin Tuhan ampunkan tapi kalau dosa dengan orang terutama kalau kita mengata orang, mengata artis termasuk sekali, macam mana nak minta maaf? Kalau mereka mati dulu, kalau kita mati dulu? Beratur di pintu syurga anakku, kalau kita tak sempat minta ampun dari orang yang kita umpat dan sakiti!
5. Jaga adik-adik
terutama bila mama dengan Abah pergi Haji minggu depan ni. Bawak Baby tidur rumah Along kalau boleh setiap hari. Baby ni manja dan dialah punca ketawa kita satu rumah. Jaga makan pakai adik-adik macam mana terdaya Along tengok mama jaga makan pakai diorang. Jangan bawak pergi KFC atau McDonald's banyak sangat, masak sendiri kalau boleh. Tahan sekejap je lah budak-budak tu komplen awak masak tak macam mama masak.
Mama doakan semoga Along tabah menempuhi dugaan maha besar yang Along sedang tempuhi sekarang. Kuatkan hatimu, sayang. Jangan putus asa, there's a light at the end of every tunnel. Sabar dan senyum saja setiap kali orang tohmah kita, kita saja yang tau kebenarannya. Mama tau Along kuat dan besar hati, sebesar muscle-muscle Along yang menakutkan Baby selama ni.
Mama juga akan doakan di Tanah Suci Mekah nanti, semoga Along cepat bertemu jodoh dan harapnya dengan orang yang boleh tahan kedegilan Along and yang boleh jaga makan pakai Along supaya mama dan Abah boleh lepaskan tanggungjawab kami kepada lelaki bertuah (atau malang?) itu.
Mama sayang Along.
Walau mama tak selalu cakap,
walau hubungan kita tak serapat anak dengan mak yang lain,
tapi Along anak mama. Mama sentiasa tahu apa ada dalam hati Along,
mama rasa berganda sedih kalau mama tengok Along sedih,
terutama kalau Along tak nak bagi mama tolong.
Kuatkan diri, anakku.
Pohon kekuatan pada Tuhan selalu.
Ask and you shall receive.
Doakan keselamatan mama dan Abah pergi ke Mekah 1 Disember ini.
Yours, dunia dan akhirat,
Mama June
________________________________________________________________
Panjang berderai kan reply Kak Ninie untuk Hanis,
mesti ada anak murid dia ataupun sepupu-sepapat kita yang akan cakap dekat mama kita,
"Ma'am / Mak June, anak ma'am / Along tulis surat untuk diri dia sendiri dalam blog dia. Kelakar, tapi sedih. Baik ma'am / Mak June baca."
Semoga Hanis tak serik menulis untuk Kak Ninie lagi.
Dan semoga Hanis cekal menempuhi kehidupan
Dan semoga Hanis update belog Hanis yang sangat best dan kelakar kalau free.
All the very best and good luck, Hanis.
Kirim salam pada mama Hanis yang super cool,
macam mama Supertall yang sama nama dengan mama Hanis,
dan nampak gaya sama cool, cantik dan bergaya macam mama Hanis dan mama kita jugak.
66 comments:
a very touching post...from what i gather, u r CLOSE to yr mom to be able to write those...
I cant believer you budak Sek Ren Bangsar yer ? I was there from standard 1 sampai standard 6 but, but definitely senior dari you lah.
Kat Jalan Pantai Baru kan ???
wah wah ...vangga akak.
awww really touching post. :')
ninie..verrrry touching entry
sampai susah nak bace sbb byk sgt air mata nak menitik
bangsatnya sampai panjat bumbung nak pukul u.
ur mum is definitely proud of u. keep it up!!
hanis itu sangat chantek dan baik ya ninie,semoga ninie sentiasa dalam keadaan baik selalu.
i'm so touched. i cried. what a lovely entry. congrats kak ninie
Such a moving post. Got teary-eyed especially in the "caught you smoking" part. Stay the way you are Ninie, no matter what anyone else say.
Btw, I'm gathering up my nerves to ask my mama to take me to KL this dec. I hope I will pull through and meet you then!
Big hugs! xx
My dads been blogging :)...
and....he reads your blog too beb...
and is even...in support of you for going head on with this funnyfatwa thing...
it's so weird...even retirees are getting techy :)...
dear ninie,
why on earth would you need to hire or meet lawyers la. rilek la. dont need to see muftis and all.
the truth shall prevail.i knew that one way to slow this down is PM saying something.
And my friend had the cheek to say "the endorsement from him valid till march je. after that dono la."
haha
Dont need lawyers, dont need to write to newspaper anymore. Now, its time to show people what yoga is all about.
How about a blog post on how a typical yoga class starts and ends.
Email that to everyone you know and ask them to forward them around.
We dont need to be scared or have knee jerk reactions (calling yoga pilates. two different systems) or even go up to syariah lawyers, Jakim and all.
Everything will be alright. Bukan nye kita suruh org peluk agama hindu ke apa. :)
this is the longest entry coming from u so far..and the warmest of em all:)
hye..
hye.. ninie. sesungguhnya tuhan tu maha agung, maha pengasih lagi penyayang. walaupun org selalu kutuk luaran anda tp pd zahirnya anda sbnrnya adalah seorng insan yg sgt mulia. ur parents should really proud of u!! u always b ur self.. bila baca konon2 blog mama june tu, teringt part kantoi rokok tu. sebijik btl.. tp i kantoi dgn my dad la, dia menangis ok n i pn berjanji la mcm2 dgn dia. hahaha! but yes, until nw i dun drink, dun drugs n still remain my virginity.
i also proud 2 myself eventho i bknlah pengamal yoga yg femes mcm u tp setiap manusia ada kelebihan msg2. bravoO!!! lps ni klau i bum dgn u kt luar i tnpa segan silu akan tegur u ok ;)
xoxo
ndn
No point in writing too much as you said you won't approve anything negative to be written on this precious blog of yours.
This entry was utter bollocks!
How do you face the people you know with all the lies you wrote?
God help you.
My mom's in Makkah too, since few weeks ago and I missed her so bad.
One day after mom left, Adriana my 6 years old baby sister asked me,"Ira, cuba cakap, Ira nak kawin dengan siapa?" dengan tidak semena2. I was like, "What?!!" and she repeated few times until I got what she actually meant. She's been a flowergirl twice this year, to my younger sister's friends. I told her," You can keep your dream to be my flowergirl in the deepest corner of your brain. Coz by the time I'd finally get married, you'd be too old to be my flowergirl then". Then she gave me this confused and hurtful look. Kesian Nana. lol
I love this entry. Sometimes people forget despite what they think of us, we are all still very much human. We learn to love, we err and rebel, and then we grow up and move on.
anon:
To why I approved your comment anyway and to why I have no problem in living my life my way, sharing my life this way and still comfortable knowing that people I know, know that I know they know, read this precious blog of mine.
What is the problem again?
Ahhh, assumptions assumptions.
'Assumption is the mother of all fuck-ups.'
ninie u dun have to reply to all the bollocks.lagi reply lagi naik lemak.important enuff u n god knows
Dear Ninie, I was in your class in YZ - I was new to yoga then and you were so encouraging and motivating to me. I will always remember that. And you've done it again thru your blog! This entry is such an inspiration to me.
I can relate to a lot of the stuff you wrote. Thanks so much for sharing.
'Assumption is the mother of all fuck-ups.'
You can't get a smarter quote that that, girl. Lock, Stock and Two coolness points upped for Ninie.
I know Ninie, I know at times she wishes she could erase some memories from her early years in uni with me, but I.. know Ninie.
If you don't know Ninie, you ASSUME she lied about almost everything 'her mom' sugarcoated in this entry.
If you know Ninie, you ASSUME she's saving her ass by making believe that her mom bought her words.
If I were Ninie, that's exactly what I'd have done too - ASSUME that's how my mom sees me or at least, that's what I want my mom to assume.
Ninie, my Ninie..
With her endless movie quotes and her STF stories.
Another quote she used to recall me by, 'I can't forget you, but I can't remember.'
Not from Ninie's list of cool movies tho, more of from Ninie's arsenal of cool CDs.
Stay strong, girl.
My regards to your mom (whom I'd like to ASSUME she still remembers me)
Nins,
You, MANAGER MASJID PUTRAJAYA?
Seriously?
Uncle Mat Burak seriously offer kau jadik manager masjid? Putrajaya pulak tu!
And seriously, kau pandai dari aku rupanya. Tak aci, BM aku bukan A1 so tak dapat single!!!
-Rina-
hey babe,
hope all well and hope your studio will be launch soon cos it's in my neighbourhood yo! insya allah! pray for the best ya!
anyway, i bumped into your housemate at a certain club launch earlier :)
and i know who tat he's dating now hehe it's the most stylish babe in town no other than Ms C!!!! yay!
All the best! :)
xx
nice entry at last..
ni i quote dr belog Hanis;
"Emak juga selalu cakap, orang kalau muka buruk pasti suka pakai seksi untuk tunjuk tempat-tempat lain yang dianggap lebih elok dari wajah. Maka marilah kita tidak memakai seksi kerana perasankan muka kita cantik"
haha, she's funny gal, but there's a real point there..
hope u'll b good muslim one fine day..
good muslim yoga instructor (boleh apa), bravo!!!
a great post.. I wish my mum blogs like that... I can identify a lot with what you wrote. *atypical Malay girls ramai gak rupanya...
Do not give up girl...
hey toughcookie,
this entry is beyond adorable with the right mix of emotion cocktail.
you know there lotsa people out there love you to bits.
take care,
weezered
Awwwwwww. What a heart warming entry!
My mother gets her secretary to type her emails. I won't hold my breath for a blog entry ;)
ya allah comelnya! kita dengan mama kita sama-sama baca entri tersebut pagi ini. duduk bersebelahan sambil i kata "dah? dah?" sebab i tak sabar2 nak scroll down, my mom pula baca satu-satu perkataan macam nak paham mendalam betul maka lambat. haha. im sure your mom memang bangga betul macam yang you bangga dengan diri you dalam entri ini. haha even at one point, i terbayang my mom yang tulis entri ni! (tak cukup2 lagi mak aku tulis kat belog dia pasal aku, nak bayangkan yang ni pulak haha) comel gila lah. and wow, banyak gila achievement kak ninie pergh. syabas inspektor sahab.
dear ninie,
i've been *silently* following ur blog for awhile now (especially after all that yoga fiasco) & i just wanted to tell u how much i LOVE this post. i smiled, laughed, & cried all at once while reading it (and that's a first!).
Although i might not know u personally, i can totally relate from what u wrote - being the eldest sister of 4 overly-active younger brothers & the only (albeit keras kepala) daughter of a lovely mom who's proud of her traditional values & a dad who's also an AJK of our local masjid in tmn tun *hehe*
believe me ninie, i always get a LOT of slack for the way i dress & the choices i make & the way i carry myself (being born a kelantanese, oh u can only imagine haha!). though i am proud of it & will never, ever forget where i come from...but what u said is true, let 'em say whatever they want...only we ourselves know what is true and what isn't.
stay strong ninie. from what i can gather, u have tons of support here & also out there, so keep fighting, keep blogging, & may Allah bless u.
much love, nurina xxx
Ninie,
I'm touched by this post.
All the best! :)
Cheers!
P/S: Jom lepak2 kalau ada masa nanti, sembang pasal Sex and The City. Kalau ada masa you boleh ajar I yoga. :)
Babe,
Just knew that you really want to go STF. I really wanna go to SSP (sbb sekolah kat KL, so konon happening la). My sis was in TKC that time, (Satu skolah ngan kakak tak best. Haha!). Tp dpt STF pun ok.
Babe, another of your achievement in STF that I remember : Wakil sekolah Forum Remaja Peringkat Kebangsaan.
Tapi yg part kena beguk mase SPM tuh mmg takleh lupe. ;-)
Yeah, proud to say that we got 8 aggregate in SPM (Agama pun A1), and 100% Grade 1.(Even kat sekolah agak nakal, lawan prefect and cikgu haha!) Ranking, our batch no. 2 for overall SPM result in Malaysia, and muka masing-masing masuk front page Utusan, with Dato' Hishamuddin. (Excluding me, sbb dtg sekolah lambat skit mase tuh).
Nway, nice write-up! Soo touching. Mummy June must be proud of you. ;-)
Bile nak launch studio? Looking forward to join your class (insyallah). cya!!
aku takkan lupa:
1. kita naik bas gie JB amik result SPM, crash rumah nenek aku.
2. kita naik bas lagi gie JB, crash izyan place.sebab nak gie konsert dewa kat spore
3. aku make sure kao bawak selimut naik bas sebab tak mao kao kena asma..hehe
4.kereta ol skool kao lah yang bawak kita jalan jalan lepas spm, walao takde aircond dan radio time tuh, goonies happy jer...
5. goonies pegi funfair time bulan puasa. huru hara naik top gun !
6. breakfast kat balcony rumah kao dengan goonies, ikin n baby plus auntie june
good ol times eh..
diah dak kawin? congrates kat diah
i love this entry!
especially like the part you wrote a letter to your mom after she found your smokes.
just goes to show no matter what others might say as long as you can hold your head up and stare into the eys of the people that matter to you most without any flinching or guilt, you're covered for life.
at least thats what i believe anyway.
and i am trying to get there.
oh yeah btw, STF rocks!
-another STF brat
omg hanis you r so funny.ahaha.
yr mum ws my lecturer
super cool lecturer
super super super cool daughter
wishing all the best 4 both of u
sob..sob..touching nyer..
sedihnya :(
suka suka suka entri ini! :)
Omigoddd..im sooo in love with ur blog!! Keep on writing and i'll support u always!! Go Ninie!! Go Yoga!!!
Salam
The most important thing is to always ask for His forgiveness, and remember Allah is watching all of us. Muhasabah diri is one of the way to get yourself into peace. Your family loves you, surely your mum wants her beloved daughter to be a good person in this very world as much as in the hereafter. It's hard to deal with harsh criticisms as we are all vulnerable human beings, but bear in mind Allah knows what it is within your heart and He always listens to our pleas.
Wassalam.
I didn't read through everything yet, will get back to it later.
Gila cool mak Hanis kan, no wonder her daughter sangatlah sempoi, well from what I gather from her blog posts.
What got to me was the one about the ex. Haih, I seriously don't understand whylah guys sanggup hurt their girlfriends. Banyak gila kes macam tu.
Anyways, a sweet entry. I hope things work out for you aitt.
:)
Oh and seriously, despite all the crazy things happening, I look up to you, I'm your age. And the achievements you have at our age, waaaaalawey. Clap clap clap.
I dah jadik macam stalker lately looking for updates since, dan juga meninggalkan nasihat rohani, wahahha, kinda lame bila baca balik, but I meant it in good terms. :) All the best to you Ninie!
Assalamualaikum....
Semoga Dilimpahi kesejahteraan dan Nur Keimanan buat diri saudari hendaknya.
Takala membaca cetusan ini, hati kecil menangis megenangkan keindahan bahasa dan rahmat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Suatu nasihat yg amat berguna buat semua am nya. Sesunggungnya kasih ibu sampai ke syurga.
Nilai kasih sayang dan kepercayaan yg mendalam. Tiada siapa dapat menilai diri kita selain ibubapa kita. Nur hidayah penuh pengharapan adalah doa buat anaknya.
Hargai ibubapa kita selagi mereka ada. Maka takala mereka sudah pergi nanti, usah meratap hiba di tepi kuburan. Doa kan mereka di samping org prg yg beriman.
Nur Hidayah tidak datang seperti bulan jatuh ke riba, ia harus di cari. Hijrah manusia menentukan masa depan. Takala berusaha bersungguh sungguh di dunia dan akhirat.
Cinta adalah alat penghubung insan, maka kepantasan maklumat cinta harus di semai dan dibajai. Tak kira cuaca dan keadaan cinta itu anugerah yg Maha Esa.
very touching.. wonder what my mom would said about me.
ur honest bout ur life. thts what makes a good person.
unlike people who are hypochrites and can only say bad things bout other people.
Sayang,
It's been a while since I left a comment on your blog but this is something which I've uttered to you and I'm reiterating it again:
I always look up to you for I find you a very inspirational person. For a 20-something girl who lay her life for a cause she believes in and pushes herself to achieve her dreams,that's hard to get.
And what's even harder is, you swim through all the battles, the hurdles, the heartaches with a head high and a chin up.
I hope and I pray, I will at least have an ounce of your wisdom and a bucket of your courage.
p/s:Me love this entry.
pp/s: Remember this poem?
" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis & tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar?,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"
IT's very touching. Keep going Ninie. Sokong u always!!!
It's quite obvious that the people who reads your blog don't read too well.
People,
That entry was not by Ninie's mom. It's Ninie's fiction (for want of a better word). She's written it based on what SHE THINKS her mom would write to her.
Sheesh......
ross, agreed. Yup. it was written by ninie herself. *cough* tak malu *cough*
Gosh!
-rach-
Dayah,
I think from the tone of the writing, dayah patut tukat title, what 'atuk' would've wrote if she had a blog
:D
coz atuk's style of story telling is more dramatic compared to ur mom...really ^_^ (u got that part of her genes)
huhu
Hahahahahaha... gelak dulu.
Time kau kena beguk tu lah time paling kelakar. Guess what? rupanya, aku still simpan message kau bagi aku yang kau lukis gbr katun kena beguk.. konon2 message mintak maaf.. hahahahaha LOL.. (tiba2 jumpa satu kotak yg penuh dgn message2 time stf.. kemas umah lepas banjir punyer pasal! Bnyk gak message dr kau!!! eheh)
ingat x apa yg ko tulis? something to do with that thing on ur neck dan aktiviti ko di blok A ketika semua org tidor kt blok B dan sbg balasan budak nakal, tuhan pun turunkan beguk.. alaahhh, u know wat i mean, kan... lalala..
kelakar la kiter dulu ninie, kan. bongoks tau..
siapakah anon yg jaki giller nak ckp ko tipu2 tu.. pastu nk komen sbg anonymous. nampak sgt xder telur.
p/s: aku gelak baca janji2 kau kepada mak kau ketika kantoi rokok. ko paham x kenapa aku gelak? hehe. ;p
pergh!!! touching giler lar walupun bkn dtg dari mak u tp mungkin sebab u ikhlas meluahkan ada rasa keinsafan dn pengajaran. mak u mesti bangga.
god bless.
go ninie go..hehe
oo ropenye ninie penah satu umah ngan haflin eh
if MY MOM could blog....
I don't think she'd be even 100mtrs close to what Haniz's mum wrote :)
Nevertheless....I find The Mums blog and Ninie's version....inspiring...being a mum myself....I hope...in the future....i'll be able to have the nerves and to write something like this :)...
Anyway Ninie....I kinda liked your 'version' better hehehehhe....humor...humor...
nangis baca
hahahhha
tak tau kenapa..
touching..indah sungguh apabila seorang ibu itu menutur kata-kata beliau..
anyway..it's ok not 2 become an architect..berat tanggungjawab tu..(trust me!)what u r doing now really suits u..pls carry on..
entry yang indah. u r so lucky, ramai org sayang u...:-). mehla buat senarai kesyukuran.:-)
To Ross and ANON;
Even the title goes "the day IF my mom had her own blog".. IF, IF, IF..
Dont need to tell satu Malaya sapa yg tulis. Geessh..
Why bother reading this blog anyway? Or, why bother to read on all these lovely support comments?
Been there kiddo, never give up. I know you can do it. Afterall, we've successfully been through the toughest life ever in JB.
Friends and sisters are all here to support you.
hugs n kisses
e!dQ "8.9.3"
Do u mean A*** as in A**i? Hmmmm...
perlu ke bold segala?and yg puji2 ni sedar tak ninie wrote the letter??
ninie,ppl say u have a good heart.maybe you do.i just think you need to get real.
-tish
siapalah anonymous yg pepandai cakap entry utter bollocks. acting like a know-it-all who actually doesn't know-it-all. assumptions...
anyway, thanks for being my matron of honour. here for you cuz *hugs*
eon: kalau ikut style atuk sure aje terus kena fire n laser tu
ninie, you haven't been blogging. are you alright?
like this entry :)
wishing u all the best.
oh my god, it's so longggg but i enjoyed reading it. i dont think i can ever hold a thought that long haha..
i'm touched by this post.. :)
all the best to u ninie!
i hv been a silent reader of your blog and i used to see u around uni. but today i will say sthing - lovely entry from the heart. all the best.
niniiiiiiiiiiie! i dah lama tak baca blogs. and i read this one i menangis hebat. very touching.. :((!!!! makes me miss my mom (baru je hantar dia off to kelantan)
im just another anonymous.
just passed by to read ur blog.
--the day if my mom had her own blog--
sangat menyentuh hati (trase nak nanges tbe2) and it reminds me of my mom.
ninie, u have done a great job in ur life.
well-done..
salam..ooo...u rupanya batch Hayati Kasan, Delart (STF Band girls) eh?? Nice blog indeed!!
Post a Comment