Tuesday, November 04, 2008

USUL PENGHARAMAN YOGA (Surat Terbuka Untuk Malaysia)

(Surat terbuka berikut telah di'e-mel' kepada pengarang Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro dan Sinar Harian jam 6.10 pagi ini. Sekiranya surat yang tersiar dipinda dan membawa maksud berlainan, yang tertera di bawah adalah sebelum pindaan)

Saudara Pengarang,



Sambil berdoa dan berharap keputusan positif dari Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai usul mereka untuk menfatwakan sama ada yoga haram atau sebaliknya, sebagai salah seorang pengamal dan personaliti yoga yang dikenali di Malaysia, saya berasa sangat terpanggil untuk menyuarakan pandangan peribadi saya sebagai seorang Muslim dan juga pengamal serta instruktor senaman yoga.


Izinkan saya dahului suara hati saya dengan ucapan terima kasih kepada media dan Profesor Zakaria Stapa dari UKM yang melalui intipati ceramah beliau di Universiti Sains Malaysia mengenai Ajaran Sesat di Malaysia, apa itu yoga dan apa sejarahnya tidak perlu saya perkenalkan lagi ekoran publisiti meluas mengenai senaman paling universal di dunia dan boleh dipraktikkan oleh sesiapa tanpa mengira batas umur ini, di dada-dada akhbar tempatan kebelakangan ini.


Dengan nama Allah dan izinnya, publisiti ini mempermudahkan tujuan saya berkongsi pengalaman saya merasai manfaat dan menikmati seribu satu kebaikan senaman yoga yang sayangnya, ditenggelami sejuta prasangka dan dibayangi prejudis agama terutamanya minggu berakhirnya Syawal tahun ini.


Saya pernah menghidap penyakit asma (lelah) yang kronik ketika berusia 13 sehingga 17 tahun yang menyekat aktiviti fizikal dan hobi saya bersukan serta mengakibatkan keperluan saya ke hospital dua kali seminggu untuk bantuan pernafasan. Kuasa dan izin Allah, selepas enam bulan saya mula mempraktikkan yoga setiap hari tatkala usia 18 tahun, sehingga ke hari ini, dengan kuasa Allah juga saya dipanjangkan umur dan pada usia 26 tahun tahun ini, saya tidak pernah lagi diserang asma.


April tahun ini, saya diuji Yang Esa dan disahkan menghidap penyakit batu karang oleh doktor lalu diberi pilihan untuk menjalani pembedahan laser yang saya tangguhkan untuk mengikuti kursus empat hari Yoga & Kecergasan di Shanghai, China yang dianjurkan oleh jenama pakaian sukan terbesar di dunia. Di sana, saya bertemu seorang 'selebriti yoga Hollywood' yang juga instruktor yoga peribadi kepada Steffi Graf (jaguh tenis), Laila Ali (anak Muhammad Ali, juga juara tinju dunia) dan Jonah Lomu (pemain ragbi antarabangsa). Beliau yang juga pengendali kursus terbabit telah mengajar saya satu posisi yoga untuk menghilangkan perit kesakitan yang saya tanggung ketika itu.


Tatkala pulang ke tanahair, saya menyusul doktor untuk menyambung prosedur membuang batu karang saya. Kuasa Allah yang mempermudahkan laluan saya, imbasan doktor mengesahkan batu karang saya 'hilang' dan seakan lenyap begitu saja.


Sepanjang lapan tahun saya mengusahakan pusat yoga, Alhamdulillah saya beroleh ratusan komen positif terutamanya daripada golongan berumur yang menyatakan mereka tidak lagi kerap diserang sakit sendi dan lenguh tulang belakang, puluhan rakan sekelas wanita yang mengatakan mereka tidak lagi didatangi sakit datang bulan (period pain) selepas beberapa bulan mempraktikkan senaman yoga. Wallahualam.


Terlalu banyak lagi keajaiban yoga yang saya percayai ada sangkut-paut dengan disiplin senaman dan teknik pernafasan yang diajar dalam kebanyakan kelas yoga yang saya rasakan, merupakan satu kerugian besar kepada bangsa dan negara sekiranya diharamkan serta tidak dapat lagi dikongsi dengan lebih ramai rakyat Malaysia. Islam mempermudahkan kehidupan maka dengan niat untuk kesihatan tanpa sama sekali menyekutukan Allah Yang Maha Esa, senaman yoga terlalu banyak manfaatnya malah boleh dilakukan secara percuma oleh sesiapa sahaja daripada bayi yang baru lahir sehinggalah warga tua di senja usia. Daripada helaan nafas pertama sehinggalah hari takdir ajal mengakhiri nyawa, saya percaya sebagai manusia, kita dipertanggungjawabkan oleh-Nya tubuh badan untuk dipelihara kesihatannya dan sebagai makhluk Allah yang dianugerahkan akal dan dikebali Taqwa, kita boleh mengadili apa yang baik dan Insyaallah, iman yang tebal mampu membezakan apa yang mungkar.


Memetik fatwa mengenai yoga dari Uztaz Mas'od Sabri di Islamonline.net, seperti senaman, sukan dan hobi lain, yoga hukumnya haram apabila ia melalaikan serta apabila tanggungjawab ibadah dan tuntutan agama diketepikan tetapi yoga diharuskan apabila ia dilakukan dengan niat semata-mata menjaga kesihatan.


Mengharamkan yoga sepenuhnya seumpama menolak mentah keberkesanan juga kepentingan senaman kepada manusia dan seakan membutakan mata, memekakkan telinga terhadap persetujuan para saintis dan pengamal kedoktoran sedunia yang mengesyorkan yoga sebagai antara senaman dan perubatan alternatif yang paling berkesan dan mujarab pernah didokumentasikan.


Jikalah kuasa dan takdir Tuhan yang Maha Pengasih lagi Pemurah menyuratkan dengan kuasa Majlis Fatwa Malaysia yang saya hormati tiada tolok bandingannya, senaman yoga tidak diharamkan Jumaat keramat 7 November ini, izinkan saya menyarankan sesuatu kepada pihak yang ditauliahkan kuasa:

  • Sebagai wakil pengusaha perniagaan yoga beragama Islam, saya mengalu-alukan pemantauan pihak JAKIM ke kelas-kelas yoga yang diadakan di pusat gimnasium, pusat kesihatan, pusat senamrobik dan pusat yoga serata negara untuk mengenalpasti atau memangkah mana-mana kelas yoga yang dipercayai boleh memesongkan aqidah umat Islam dan hasil pemerhatian pihak JAKIM tersebut perlu menghebahkan kepada umum supaya umat Islam boleh menilai sendiri kelas yoga yang mana, di mana dan oleh siapa perlu dijauhi.
  • Jika ia boleh dilihat sebagai satu keperluan jika tidak kemestian, mungkin pihak JAKIM boleh mengusahakan pengiktirafan berupa cop atau sijil Halal dan seumpamanya kepada pusat kecergasan yang senaman yoganya tidak menyalahi syarak Islam atau menyediakan talian 'hotline' untuk membolehkan pengamal yoga mengadu pusat yoga yang mewaspadakan supaya faedah senaman yoga tidak terkubur di bumi Malaysia selamanya dan usaha membendong terpesongnya aqidah umat Islam di Malaysia tetap terlaksana.

Syukur kepada Allah dan terima kasih daripada hujung kaki hingga ke pangkal tulang belakang saya ucapkan kepada Profesor Zakaria Stapa dari UKM, pihak JAKIM dan para Mufti atas keprihatinan pihak kalian bijak agama memulihara kesucian Islam dan menjaga aqidah kami umat Islam seMalaysia.


Semoga kehidupan kita di bumi Malaysia ini aman damai,
dipanjangkan kesihatan dan diberkati Allah sentiasa.



Yang (berani kerana) benar,

Ninie Ahmad

Pengamal Yoga / Pengasas Be Yoga Sanctuary,
Pengarang
HatiYoga (majalah yoga pertama di Malaysia)
dan Duta Yoga
adidas malaysia

___________________________________________________________________

(this letter has been e-mailed to The New Straits Times and The Star.
Should the letter be published / edited and led to different meaning or tone,
below is the letter in the original form sent)


Dear Malaysia,

As a renowned yoga personality in Malaysia, I felt compelled to voice my personal opinion as a Muslim yoga advocate, practitioner and instructor while praying for a positive decision by National Fatwa Council (NFC) with regards to the issue of fatwa on yoga.

May I begin by expressing my greatest gratitude to the media and Professor Zakaria Stapa of UKM for his insight on yoga during his recent lecture at USM on Devious Teachings in Malaysia which has received extensive publicity in local media of late, I do not have to introduce what is yoga thus its origin and in the name of Allah and His will, this publicity has aided my goal in sharing my experience on the benefits and wealth of advantages my beloved yoga has to offer, smeared with suspicion and religious prejudice particularly lately.

From the age of age of 13 to 17, I suffered chronically from asthma, requiring me making biweekly visits to hospital for treatment, subsequently inhibiting me from participating in physical activities and sports. After my introduction to yoga at the age of 18, God willing, I have not experienced a single asthma attack since.

In April this year, I was diagnosed with kidney stone and was advised to undergo laser treatment, which I had to postpone due to my commitment to participate in a four-day Yoga & Fitness event in Shanghai, China organized by the biggest sports brand in the world. There, I was privileged to meet a yoga master also dubbed' Hollywood yoga celebrity' who personally trained the likes of Steffi Graf (ex-tennis champion), Laila Ali (woman boxer, daughter of boxing legend Muhammad Ali) and Jonah Lomu (rugby World Cup winner). She taught me a yoga position to eradicate the pain I was suffering at the time. Returning back home, I seek treatment for my condition and to my surprise, with the permission of the Almighty; the stone has miraculously 'disappeared'.

In the eight years of operating a yoga studio, I have received hundreds of positive comments from my students especially the elderly on their lessening joint and back pains as well as an end to period pains by the female practitioners after few months practicing yoga. Wallahualam.

There are too many advantages of yoga which is closely related to its physical disciplines and breathing techniques, taught in my classes, that it will be a colossal loss to the people in this country should it be deemed Haram prohibiting the spread of its benefits to a greater mass in Malaysia. The concept of yoga allows the participation of even newborns to elderly and can be practiced for free does not necessitate one to deviate from the teachings of Islam as long the intentions are health and physical related. I honestly believe as His servants, it is our obligation to safeguard the wellbeing of our health, and with our knowledge entwined with faith (Iman) we are able to judge and differentiate the good with the wrong.

Quoting the fatwa on yoga by Uztaz Mas'od Sabri from Islamonline.net, as with other forms of exercises, sports and hobbies, is Haram if it were to cause complacency of one's religious duties but is permissible as long it is for the sake of maintaining good health.

To impose a total ban on yoga is to blatantly reject the effectiveness and importance of physical exercise while shutting our eyes and deafening our ears to the findings of scientists as well as the recommendations of medical practitioners citing yoga as the most complete and effective alternative medication ever documented.

If it is the will of God to grant the NFC in coming to its decision to allow the continued practice of yoga this Friday, November 7, I would like to propose a couple of measures as follows to ensure the issue of deviation from Islamic teachings shall never resurface in future:

  • As a Muslim yoga entrepreneur, I welcome the monitoring by JAKIM on all yoga classes conducted in fitness centres, aerobic centres, yoga centres throughout the country and to identify centres conducting elements of yoga teachings that may deviate from Islamic principles and make it known to public therefore Muslim yoga practitioners can avoid such centres.
  • Introduction of 'Halal' certification by JAKIM to centres conducting yoga classes as well as the setting up of hotline facility as an avenue for complaints by members of the public of controversial or suspicious yoga centres.

May I just thank and express my gratitude to Profesor Zakaria Stapa of UKM, JAKIM, and the National Fatwa Council for their commendable initiative and role to preserve the sanctity of Islam and the aqidah of Muslims in Malaysia.


Peace and health be upon Malaysia.

Yours truthfully,

Ninie Ahmad

Yoga Practitioner/ Founder of Be Yoga Sanctuary,
Publisher / Editor of HatiYoga (Malaysia's first yoga magazine)
and Yoga Ambassador for adidas Malaysia