Showing posts with label estranged. Show all posts
Showing posts with label estranged. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

The Day (In My Humble Opinion) I Just Have To Say..

Dear Diary,

Tanpa sangsi,
Sampai Syurga pilihan saya
untuk Juara Lagu tahun ini,
malam ini.

Saya sudah menjangkakan kemenangan Itu Kamu bagi AJL lepas sejak dari separuh akhir lagi dan gembira macam monyet bila lagu tersebut menang lagu terbaik Juara Lagu tahun lepas. Walaupun pertaruhan Estranged melalui Yang Pernah (which is not bad a rock song at all) agak boleh tahan; tahun ini, malam ini saya hampir pasti pilihan saya tepat lagi dengan jangkaan Faizal Tahir akan sapu bersih dan menang besar melalui Sampai Syurga.

Persembahan DAN Vokal Terbaik juga ada harapan besar menang
kerana Mawi tidak akan buat persembahan dan Datuk Siti tidak bertanding.

I couldn't stop repeating the song (Track 7)
when I first BOUGHT the CD early last year.
































I even told Supertall who was the official auditor for AIM last year,
"Sayang, having been listening to Faizal Tahir's album on and on and on,
he totally deserves every single award he bagged home."


( Fakta Pop Kuiz: Faizal Tahir bagged four AIM 2008 awards,
- Best Album
- Best Rock Album
- Best Vocal Performance in an Album
- Best New Artiste )

In anticipation of kemeriahan AJL malam ni,
I came across this blog linked from Saniboey's
and I can't help to not feel offended by the author's IMHO, very shallow review:
"Sayang sekali, irama lagu ini sangat cantik tetapi lirik lemah dan tidak menggunakan otak.
Jikalau lagu ini menang, hamba yakin juri sepatutnya dikentutkan dan kambus kepala dalam tanah
sebab telah bersubahat untuk memesongkan akidah."

Wow, haven't I read something along those lines before!

Maaf saya kepada tuan empunya blog tersebut (yang BUKAN Saniboey)
terkalau pendapat saya menyinggung rasa (walaupun saya pasti anda telah lama
menyinggung perasaan Faizal Tahir serta hampir semua finalis dan penulis lirik lain)
tetapi ini blog saya, platform saya dan saya berhak suarakan apa yang saya fikir dan rasa
DI SINI.

IMHO, it is a very strong accusation to have blatantly concluded,
JUST BECAUSE the word, the allegory and the metaphor of 'Syurga' (heaven),
penulis lagu itu syirik dan karyanya memesongkan akidah pendengar.




Kalau dalami keseluruhan lirik tersebut,
tidak mustahil bukan jika Faizal Tahir selaku penulis lirik,
mengulangi percubaan kumpulan Dewa (19)
yang menujukan lagu Arjuna, Satu dan cintailah Cinta
kepada Tuhan, bukan wanita / kekasih melalui?

Tetapi saya bukan Faizal Tahir dan
saya tak tahu lagu tersebut beliau dedikasikan untuk Siapa.

Dan kepada siapapun lagu itu ditulis untuk,
  • BODOH DAN CETEK SANGATKAN IMAN pendengar lagu sampai boleh terpesong akidahnya dek penangan Faizal Tahir?
  • BODOH DAN CETEK SANGATKAH ILMU pengamal yoga sampai keperluan risau pengamal yoga boleh murtad bila bersenam? (maaf ye, ambil kesempatan lari topik sedikit sahaja)
Yoga aside,
songs are like movies.
IMHO, the best of songs and the most effective movies
do not necessarily have to be formed from
the most perfect grammar and the most structured plot, possible.

Lagipun Bahasa Melayu SANGAT kaya.
Bahasa Melayu percakapan dan Bahasa Melayu penulisan
bukankah sangat berbeza!

Pada pendapat saya lagi,
contoh-contoh terbaik filem Melayu yang TAK terkesan
adalah filem yang menggunakan dialog / skrip yang terlalu baku
dan tak mungkin kita dengar dalam percakapan orang sekeliling seharian.

Jadi (pada pendapat saya lagi) tiada salahnya
suku-kata suku-kata lagu diperpanjang / pendekkan megikut kesesuaian lagu
dengan syarat, maksudnya sampai atau LEBIH sampai lagi!

Peraturan dan kongkongan hanya menyekat kreativiti berkarya.

Karya seni yang hebat (pada pendapat saya),
bukti dan cermin bangsa yang berjiwa.




So yes, SAMPAI SYURGA is my choice for Juara Lagu tonight!
Sampai esok!