Wednesday, December 26, 2007

Hari Saya Larut (The Day I Melted?)

Wahai Diari,

Marliza Yanti merupakan seorang rakan sekelas saya di sekolah asrama dulu, juga seorang penulis yang hebat, seperti biasa menulis dan menjawab tag dengan terkesannya sehingga saya tanpa malu dan segan silu, men'tag' diri saya sendiri setelah membaca blog beliau yang saya hampir tak pernah tak baca setiap hari.

'Tag'nya adalah mengenai 8 Perkara Rambang, tapi disebabkan saya tag diri saya sendiri maka selayaknya saya nak tukar tag sesuka hati saya, maka berikut adalah 8 Perkara Rambang Yang Saya Lakukan / Berlaku Sepanjang Minggu Lalu.

1. Sudah lama saya bercadang untuk memblog dalam BM sepenuhnya dan cuba mematuhi segala nahu dan tatabahasa sedaya upaya untuk meraikan kerja freelance yang sudah saya lakukan sejak dua bulan yang lepas, sebagai 'subtitlist' (tukang alih bahasa) BI ke BM untuk saluran Astro (saluran Animax dan StarWorld kebanyakannya). Tugasannya seronok kerana dapat menonton siri baru sebelum ke udara tetapi sukar sebenarnya. Terutamanya siri sitkom, kerana perkataan BM selalunya lebih panjang dan berimbuhan. Jenaka juga harus difikir panjang sebelum dialih bahasa kerana takut maksudnya tak sampai / terlalu merepek jika tidak lucah.

Contoh: Desperate Housewives Musim 2
BI: "Rex cries everytime he ejaculates"
BM: "Rex menangis setiap kali dia mencapai puncak kenikmatan."

Ada cadangan lain?

2. Malam Isnin lalu, saya dijemput ke rumah terbuka mama jelita Daphne Iking sempena menyambut genap sebulan kelahiran bayinya yang sungguh comel lagi pasti akan menjadi 'hot stuff' bila dewasa kelak. Maaflah, tidak dapat berkongsi gambar kerana sebelum sempat bergambar (rujuk No 3)

3. Saya dikejutkan oleh SMS bertalu daripada adik lelaki saya yang berbunyi, "Rumah berserak. Angah rasa kena rompak." Lalu saya bergegas pulang ke rumah ibu ayah yang nasib baik, hanya 2 minit dari rumah Daphne dan 3 minit dari rumah saya. Ya, rumah ibu ayah saya dirompak! Mungkin perompak menyedari yang sudah seminggu rumah ibu ayah bergelap kerana mereka pulang bercuti raya di Johor.

4. Tapi yang peliknya, walau rumah kami diselongkar segala, tiada harta benda yang (setakat saya perasan) kehilangan. Komputer riba, TV, barang kemas, kereta-kereta segalanya di depan amat tetapi tidak diusik pun. Entahlah, kawan baik saya Tasha berkata, "Mungkin bapak kau ada pasang pendinding. Diorang tak nampak pun benda yang nak dirompak depan mata." Mungkin. Alhamdulillah.

5. Malam Sabtu lepas, saya ke konsert kugiran (buruk benar bunyinya) band kegemaran saya, Dewa19 di Stadium Negara.

6. Bukan saya tak pernah ke konsert Dewa, rasanya sudah 8 kalau tidak 9 kali saya sudah ke konsert mereka tetapi konsert kali ini, semacam lain hebatnya. Memang kurang lagu, mereka tidak mempersembahkan langsung lagu kegemaran saya, Kasidah Cinta juga satu dua lagu cinta maha mellow seperti Selimut Hati tetapi masih hebat kerana Risalah Hati yang jarang dipersembahkan di konsert mereka (yang saya pergi) ada dimainkan. Juga mungkin kerana ada duet indah lagu Aku Cinta Kau Dan Dia bersama Sheila Majid yang didewa-dewakan Dewa (apa rasanya digelarkan idola sepanjang zaman oleh Ahmad Dhani?). Dan mungkin juga kerana saya ditemani seseorang yang indah ke konsert itu.
















7
. Saya ke konsert Dewa itu memakai T-shirt ini yang memberi ayat penyata 'I WAS VOTED MOST FLEXIBLE BY YOUR BOYFRIEND'.

Sehabis konsert, saya ditemani seseorang itu tersebut ke mamak Pusat Bandar Damansara untuk minum-minum. Seorang teman lama yang saya ter'bumped into' di konsert tadi, SMS ingin sertai kami minum. Dia bawa teman wanitanya yang saya akui, sungguh comel (I know she reads my blog :P) tapi sepanjang masa, seperti mahu terjegil matanya memandang T-shirt yang saya pakai. Sungguh, bukan saya sengaja. Itu memang T-shirt kegemaran saya.

Dan janganlah risau Cik Adik Manis, saya sudah berteman baru :).

Terima kasih Dewa(19), kerana membuahkan cinta kami di konsert kalian. Indah, begitu indahnya, larut dibuai perasaan dilatarbelakangi alunan indah lagu Larut secara langsung.

8 comments:

Anonymous said...

ejaculates = inzal

The Angel said...

Sangat indah si dia teman baru itu. Walaupun sudah di-mozek kaburkan mukanya tetapi sudah boleh diteka sangatlah tampan. Indah!

anis daud said...

hoh, mujur saya tidak menghadirkan diri bersama anda, kalau tidak, tidaklah tersenarai hajat saya untuk menjadi tiang lampu antara kalian berdua yang indah belaka.

Anonymous said...

lain plak rase bile bace blog ni sbb mcm bace buku teks bahasa malaysia.huhu.
teroskan la.sronok plak.
=)

Feather's Mother said...

Segala komen akan cuba dijawab dalam BM jua.

anonymous: Serius?

the angel: Indah di mata dan di hati saya, (macam mana nak translate 'I couldn't ask for more'?), maka berperasaan sangat indah sekarang ini.

anisism coolness: Bertiga juga boleh menjadi indah-ism, bukan? Indah, atas nama cinta (kepada Dewa) :D

mieya: Uh, terima kasih!

Marliza Radzi said...

1st of all, I'd like to humbly rebut the statement "seorang penulis yang hebat" itu kerana tiada sedikitpun kehebatan pada penulisan saya.

keduanya, saya sangat teringin menjadi seorang subtitlist :( lucky you! I'm sure you'll make a good one with your attention for details :)

ketiganya, saya sungguh gembira kerana anda sedang LARUT :)

dan keempat, cool t-shirt! ;)

WNRD said...

alaaaaa kenapa blur kan his face!

Eureka! said...

Saya tumpang gembira Ninie sudah ada teman...saya mengikuti perkembangan Ninie masa zaman Ninie bercinta dulu-dulu dalam blog lama. Awak ada barang (You have a thing...hahaha...untuk lelaki ganteng, berkulit putih) saya perasan... Betul tak? Saya telah dengan rasa bangganya menghubungkan (linked) blog Ninie ke blog saya yang tidak sepertinya...Terima kasih kerana memberi inspirasi untuk cuba beryoga walau pun belum pernah mencuba...Boleh???